GOLD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas naik lebih $15/oz Isnin semalam, daripada paras terendah dalam masa enam minggu pada sesi sebelumnya, tetapi kekal di bawah tekanan jualan kerana Dollar yang mengukuh dan pembeli kekal berhati-hati tentang masa kenaikan “interest rate” AS. Emas didagangkan sekitar $1,187.65/oz ketika artikel ini ditulis pada sesi Asia hari ini.

Logam berharga itu jatuh mendadak pada akhir minggu lepas, daripada paras tertinggi $1,215/oz pada hari Selasa, selepas Federal Reserve AS menunjukkan bahawa ia menyaksikan kelembapan dalam ekonomi Amerika Syarikat baru-baru ini sebagai sementara, dan tidak menolak kemungkinan untuk “interest rate” meningkat pada tahun ini.

Keadaan itu sekaligus akan meningkatkan kos bagi memegang emas, apabila Dollar yang menjadi sebut harga bagi logam itu meningkat nilai.  Jangkaan bahawa Feds akan menaikkan “interest rate” untuk kali pertama dalam tempoh hampir sedekad, menyebabkan emas jatuh harga untuk tiga tahun berturut-turut.

US Dollar Index, ukuran nilai Dollar berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, susut 3.67% pada bulan lalu sebagai pengimbangan semula dan ditambah dengan kegiatan mengambil untung ekoran kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, selepas data-data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat