GOLD Analisa Fundamental Harian 7 Mei 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Emas berada dalam dagangan ‘ranging’ Rabu semalam, dari paras tertinggi sekitar $1,197.70 ke serendah $1,188.35 sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan sekitar paras $1,192.15 untuk setiap auns. ‘Ia cuba menguji paras $1,200 dan kemudian melemah, apabila dolar mula pulih sedikit,”menurut Jim Steel, ketua penganalisis logam untuk HSBC Securities di New York. ‘Kelemahan euro memberi kesan kepada harga emas.’

Emas jatuh kepada paras terendah dalam enam minggu, $1,170 pada hari Jumaat lalu, selepas Federal Reserve AS menyaksikan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat sebagai sementara, dan tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan “interest rate” pada tahun ini. Dengan kenaikan yang mungkin pada bulan September berbanding Jun, harga emas mungkin akan kekal dalam julat semasa untuk lebih lama dan tidak akan jatuh secepat yang difikirkan.

Data yang kukuh bagaimanapun, boleh meyakinkan Feds untuk menaikkan “interest rate” dengan lebih cepat. Para pelabur, pengurus dana dan pedagang sedang menunggu keputusan pilihanraya umum UK hari ini dan laporan NFP AS esok yang merupakan antara agenda terbesar forex pada minggu ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat