GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Dec 2014

38

moshedfx-forex-malaysia-gold-002

 

Emas menutup pasaran Jumaat lalu pada $1,190.85 jatuh dari paras tertinggi sekitar $1,207.55 hari yang sama setelah permintaan untuk US Dollar meningkat lantaran data NFP yang lebih baik dari jangkaan dan bulan lepas; ditambah dengan spekulasi Federal Reserve bakal menaikkan interest rate seawal tahun hadapan.

Sehari sebelum itu, ECB dalam mensyuarat terakhirnya untuk tahun 2014 telah mengekalkan interest rate pada 0.05% dan berhasrat menambah pakej ransangan ekonomi untuk tahun 2015 walaupun tiada butiran lanjut dikeluarkan selain menyatakan ia akan membeli Bon Negara Kesatuan Eropah dan tiada hasrat untuk menambah simpanan emasnya.

Penolakan terhadap referendum Swiss Gold Initiative juga telah menyebabkan permintaan terhadap emas melemah walaupun terdapat spekulasi mengatakan kejatuhan harga ini akan menarik pembelian aset jongkong emas fizikal oleh para pelabur emas termasuk bank-bank pusat serata dunia terutama China sebagai pemiutang terbesar Amerika Syarikat.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat