GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Emas yang mencapai harga tertinggi, sekitar $1,223.05, Selasa lalu, ekoran pasaran yang berubah kepada sentimen “risk-off”, mula menyusut semula dan dalam dagangan berhati-hati, apabila pelabur dan pengurus dana mula memberikan tumpuan kepada minit mesyuarat FOMC.  Krisis politik Greece dan pasaran ekuti global yang mula tampak goyah, apabila harga minyak mentah terus merudum dibawah $50 setong; menyebabkan emas kembali mendapat permintaan.

Spekulasi pasaran tentang Greece yang bakal keluar dari Euro-Zone, sekiranya parti Syriza yang berhaluan kiri menang, amat merisaukan para pelabur kerana ini bakal memberikan impak yang besar kepada pasaran modal.  Sekiranya Parti Syriza menang dalam pilihanraya presiden 25hb ini, ia bakal membatalkan semua perjanjian dengan “Troika” (EU, ECB, IMF) dan melupuskan hutang berjumlah 260 bilion Euros.  Keadaan ini sudah pastinya mendorong negara lain yang mendapat bantuan “Troika” seperti Ireland untuk melakukan perkara yang sama.

Pada masa yang sama, di pasaran hadapan, emas kembali mendapat permintaan, apabila “open interest” untuk kontrak Februari 2015 meningkat kembali dari 214,569 kepada 218,396 dan April 2015 melonjak dari 59,740 kepada 62,283.  Pembelian emas dijangka terus disokong oleh para pelabur terutamanya bila harga jatuh dibawah kos produksi $1,200.

Buka akaun demo di One Financial Markets, anda berpeluang memenangi satu akaun trading TANPA RUGI – Info Lanjut Klik Sini

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat