GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2016

33

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Harga emas terus memacu naik untuk hari keempat Khamis semalam, lebih $18.20/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,109.95/oz sebelum menutup sekitar paras $1,108.80/oz; setelah para pelabur mencari perlindungan dalam logam berharga, di tengah-tengah krisis pasaran saham global yang bermula di China semalam. Perdagangan dalam pasaran saham China telah digantung buat kali kedua minggu ini selepas hanya 30 minit semalam, apabila pasaran terjun lebih daripada 7% selepas dibuka.

Sentimen pasaran melanda selepas Rakyat Bank of China menetapkan titik tengah kadar rasmi Yuan, lebih rendah berbanding hari Rabu. Ia adalah penurunan harian yang terbesar sejak Ogos lalu, apabila penurunan nilai hampir 2% yang tidak dijangka itu telah mencetuskan penjualan besar-besaran di pasaran. Beberapa peserta pasaran melihat taktik tersebut sebagai satu percubaan oleh China untuk menyokong pertumbuhan, manakala yang lain bimbang dengan perang matawang yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi global.

[adrotate group=”6″]

Suasana suram menular ke pasaran ekuiti Eropah, di mana DAX Jerman terhempas 3.5%, apabila perdagangan saham di China terhenti lagi dan penurunan harga minyak terus mendorong jualan besar-besaran. Di Wall Street penurunan mendadak berlaku sebaik shaja pasaran dibuka, dengan kontrak niaga hadapan Dow jatuh 400 mata, atau 2.5%. Sehari sebelum itu, saham-saham AS ditutup pada paras paling rendah sejak awal Oktober, terjejas oleh kebimbangan baru di China dan pertumbuhan global yang lebih perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat