GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Mei 2015

50

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Emas terus ‘ranging’ Khamis semalam dalam pergerakan dari paras tertinggi sekitar $1,192.85 ke serendah $1,178.85; sebelum menutup lebih rendah sekitar paras $1,184.35 selepas para pedagang terus menunggu NFP malam ini dan beberapa petunjuk daripada apa yang Federal Reserve AS akan gunakan sebagai panduan mereka untuk meningkatkan “interest rate”.

Ramai pedagang akan mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga NFP dilaporkan. Di pasaran hadapan kontrak emas diselesaikan dengan lebih rendah pada hari Rabu lalu, apabila komen berasingan daripada dua pegawai Federal Reserve mendominasi bacaan pekerjaan sektor swasta yang lebih rendah daripada yang dijangka.

Emas telah menunjukkan kejatuhan yang sederhana pada awal dagangan, kemudian memacu naik semula sebelum dalam gerakan ‘sideway’ selepas data terkini mengenai pekerjaan sektor swasta AS dilaporkan. Firma ADP berkata AS menambah 169 ribu pekerjaan sektor swasta pada bulan April. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh MarketWatch menjangkakan 189 ribu pekerjaan.

Para penganalisis meramalkan logam kuning akan kekal di bawah paras $1,200 menjelang laporan NFP yang dinanti-nantikan malam nanti.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat