GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Feb 2016

44

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Emas terus memacu naik tanpa menoleh ke belakang Isnin semalam, lebih $35.80/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,200.90/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,188.80/oz; setelah harga minyak menjunam. China sedang bercuti sepanjang minggu ini, dan turun naik pasaran dijangka menjadi lebih rendah.  Angka NFP AS yang lemah Jumaat lalu, diimbangkan oleh purata pendapatan setiap jam meningkat lebih daripada jangkaan dan kadar upah yang mengalami pertumbuhan stabil. Kadar pengangguran juga susut, sekaligus membawa kepada kadar penyertaan yang lebih baik, dengan kenaikan dalam sektor pembuatan.

[adrotate group=”6″]

Ciri-ciri positif laporan NFP ini telah membantu untuk menangani kesan negatif daripada beberapa laporan yang lemah, dan ini adalah dalam julat yang boleh diterima oleh Feds AS.  Pandangan agresif yang tersirat ini, tidak menyokong aset berisiko dan emas. Harga emas menghentikan pendakian selepas pasaran ekuiti Asia dan AS menjunam. Walau bagaimanapun emas dilihat mungkin tetap tinggi sepanjang minggu ini, dengan dagangan nipis menggalakkan ‘consolidation’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat