GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

43

Harga emas yang memacu naik lebih $12.45/oz sepanjang sesi Asia dan Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,278.15/oz, kembali jatuh lebih $17.65/oz pada sesi New York sebelum menutup sekitar paras $1,261.05/oz; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung dari kenaikan harga sejak dari awal tahun ini.

Emas sering menunjukkan kekuatan harga dalam tempoh masa yang tidak menentu atau kegawatan ekonomi, dan pergolakan yang melanda pasaran global dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, telah melihat harga emas naik mendadak. Logam itu kini didagangkan hampir ke paras tertinggi sejak Februari 2015. Harga emas melonjak 3.1% pada minggu lepas, dirangsang oleh laporan sektor perkhidmatan AS yang suram dan laporan pertumbuhan upah yang mengecewakan.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran hadapan, kontrak emas bagi penghantaran April dan Jun terus mendapat permintaan dengan masing-masing mempunyai ‘open interest’ sebanyak 301,376 dan 121,181 kontrak.  Bidaan harga tertinggi untuk kontrak April adalan sekitar $1,279/oz dan Jun pula mencatatkan bidaan tertinggi sekitar $1,279.80/oz.  Walau bagaimanapun, pengurus dana dilihat mengurangkan kontrak belian mereka dari 109 ribu kepada 104 ribu, yang menunjukkan pengambilan untung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat