GOLD Dah Turun Bawah Paras $1800, Pelabur Emas Tak Senang Duduk

902

Emas kembali bergerak di bawah paras 1800.00 semula selepas penurunan ketara harga di carta XAU/USD di sesi New York semalam didorong oleh perubahan sentimen pasaran.

Permintaan terhadap matawang US dolar nampaknya lebih tinggi berbanding emas dengan melihatkan nilai emas semakin susut semula.

Secara teknikal, pergerakan harga emas gagal melepasi zon resistance 1815.00 untuk dagangan 2 minggu terbaru dengan paras 1818.00 yang dicapai minggu lalu merupakan paras tertinggi yang dicatatkan sejak 2011.

Penurunan harga semalam lebih rendah di bawah paras penting 1800.00 semalam berkemungkinan memberi isyarat untuk trend bearish harga semula.

Sesi Asia pagi ini melihatkan harga bergerak perlahan dan membuat sedikit kenaikan menguji semula paras 1800.00 pada dagangan yang bersambung di awal sesi Eropah.

Jika kenaikan gagal diteruskan, pelabur akan lebih pasti untuk harga emas kembali turun semula berkemungkinan sekitar paras 1787.00 di zon RBS (resistance become support).

Namun sekiranya harga kembali melonjak, garisan trendline harga serta halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga akan ditembusi untuk harga memberi petunjuk trend bearish semula.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula zon resistance yang telah diuji sepanjang 2 minggu berturut-turut.

Melepasi paras tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk harga emas sejak tahun 2011.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat