Goldman Sach Memberi Amaran Lambakan Stok Minyak Mentah Pada 2018

58

Penganalisis di Goldman Sach melaporkan pada Isnin bahawa harapan yang semakin memuncak terhadap pemotongan bekalan oleh OPEC, tetapi masih ada risiko terhadap peningkatan lebihan bekalan tahun ini.

“Lanjutan pemotongan bekalan sehingga sembilan bulan akan menstabilkan semula inventori OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) seawal 2018. Pada pendapat kami, akan ada lebihan bekalan tahun depan jika Rusia dan Arab Saudi meningkatkan pengeluaran dalam pengembangan kapasiti dan juga pelantar yang semakin bertambah.”

“Kos juga akan memainkan peranan penting dalam menentukan pertumbuhan pelantar tetapi kami tidak meramalkan inflasi dalam hal ini.”

“Dengan keadaan semasa, kami percaya ketakseimbangan yang besar adalah satu potensi yang akan menyumbang kepada lebihan yang besar pada 2018. Pengeluar dengan kos yang rendah yang menjual di ‘spot market‘ sepatutnya akan mengurangkan lagi inventori bagi mendapatkan ‘backwardation‘ di mana harga spot minyak berhampiran paras semasa.

“Manakala peningkatan dalam pengeluaran oleh OPEC dan Rusia berlaku pada ketika pengeluar non-OPEC juga meningkatkan pengeluaran mereka.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat