Goldman Sach: Pound Sterling Berpotensi Jatuh 10% Lagi

89

Goldman Sachs mengatakan masih ada ruang untuk matawang GBP (Pound) menyusut nilai. Ramai penganalisis menunjukkan yang GBP nampak murah selepas jatuh pada paras terendah minggu lepas. Analisis yang dibuat menggunakan currency-valuation models (model penilaian matawang) memberikan perspektif kesan Brexit kepada perdagangan dan ekonomi Britain umumnya.

Berdasarkan analisis ini, Penganalisis di goldman Sachs, Robin Brooks, Silvia Ardagna, dan Michael Cahill berpendapat pound masih terlebih nilai (mahal) sebanyak 10%. Dengan kata lain ada kemungkinan untuk GBP jatuh lagi sebanyak 10% dari nilai sekarang.

Jika analisis ini benar, pasangan matawang GBP/USD yang berada pada paras 1.2207 semasa artikel ini ditulis berpotensi jatuh sebanyak 1220 pip ke paras 1.0987.

Dalam kajian yang mereka lakukan pada 25 Oktober semalam, trio ini menjelaskan teori mereka yang mana, ia disebabkan kesan Britain keluar dari Kesatuan Eropah. Diburukkan lagi ia berlaku semasa negara ini mengalami Current account deficit (akaun semasa defisit) ataupun ringkasnya wang keluar dari UK lebih banyak daripada wang masuk ke UK.

Kata trio penganalisis ini lagi kejatuhan nilai GBP sepanjang Oktober ini banyak disumbangkan oleh peningkatan akaun semasa defisit negara itu.

Kejatuhan akaun semasa  ini dapat dilihat pada rajah di bawah. Dapat dilihat akaun semasa defisit Britain yang semakin meningkat.

 

Sumber: Trading economics
Sumber: Trading economics

 

Bayangkan lah pada masa sekarang pun UK sudah mencatatkan current account deficit, dan apa pula akan berlaku bila UK meninggalkan EU dua tahun lagi. Sudah tentu akaun semasa negara ini bertambah buruk dan menyebabkan kejatuhan nilai GBP di masa depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat