Google Bakal Buka Ibu Pejabat Baru di Kota London Pada Jun Nanti!

47

Google telah mengesahkan rancangan untuk mengembangkan ibu pejabat London di King Cross dan mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan baru di ibu negara tersebut.

Ketua Eksekutif syarikat terbabit, Sundar Pichai mengumumkan rancangan untuk membina bangunan 10 tingkat yang berkapasiti 650,000 kaki persegi.

Keputusan ini dibuat selepas timbulnya spekulasi mengenai kepesatan teknologi yang akan dibangunkan oleh UK selepas meninggalkan EU. Bercakap dalam lawatan kali pertamanya ke UK, syarikat gergasi dalam bidang teknologi itu mengatakan bahawa ini adalah kali pertama syarikat Google akan dibina diluar Amerika Syarikat.

Projek ini juga dijangka bakal menelan belanja melebihi £ 1 bilion.

Dalam kenyataan yang sama, Pichai turut berpendapat bahawa dunia sains dan komputer mempunyai peluang yang cerah di UK. Google juga akan terus komited dan teruja bagi meneruskan pelaburan di UK.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan juga menyifatkan keputusan Google itu sebagai “undi percaya” bagi bandar tersebut. Beliau juga amat mengalu-alukan kedatangan Google ke bandar berkenaan.

Menurut beliau lagi, London akan menjadi hub teknologi yang terkemuka didunia selepas keluar dari Brexit. Jadi, pengembangan Google akan mengukuhkan lagi reputasi bandar London sebagai peneraju global dalam bidang teknologi digital.

Pengumuman berita ini juga disambut baik oleh Canselor Philip Hammond. Beliau mengatakan bahawa kepercayaan Google ini begitu tinggi dalam meletakkan kedudukan Britain sebagai antara hub teknologi yang maju di dunia.

Dalam masa yang sama juga, Pichai turut mengakui bahawa pilihanraya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini menimbulkan banyak cabaran buat syarikat tersebut pada masa akan datang.

Dalam proses pilihanraya tersebut juga, enjin carian Google juga dikritik kerana mengelirukan pengguna kerana mencadangkan carian kemenangan Trump menentang Hillary Clinton sedangkan undian masih dikira di beberapa buah negeri.

Gabenor Carney Menenangkan Semula Pasaran Setelah Data Inflasi UK dilaporkan Jatuh!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat