Google Jadi Mangsa Ke-2 Rusia!

58,779

‘Rancak, di sini rancak, di sana rancak, mana-mana rancak, good.’

Selepas Netflix, kini Google milik Alphabet Inc menjadi mangsa ke-2 yang didenda Rusia sebanyak 11 juta Rubel atau US$137,763 atas kegagalan syarikat tersebut untuk memadam ‘maklumat palsu‘ menegenai konflik di Ukraine dan video YouTube yang dihasilkan oleh kumpulan sayap kanan Ukraine.

Laporan agensi berita TASS menyatakan bahawa pengawal selia Rusia akan melaksanakan hukuman terhadap Google kerana ‘menyebarkan kepalsuan‘ dalam YouTube dan sebelum ini pernah diberikan amaran saman andai syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) tersebut gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Terang TASS lagi, Google juga didapati menyebarkan berita tak tepat mengenai kehilangan tentera Rusia dan korban awam di Ukriane dan pengedaran klip video YouTube dihasilkan oleh kumpulan sayap kanan Ukraine seperti batalion nasionalis, Azov.

Menurut Mahkamah Daerah Tagansky Moscow, Google didapati bersalah dan melanggar pentadbiran yang membolehkan syarikat tersebut didenda 4 juta Rubel dan tambahan 7 juta bagi kedua-duanya.

Setakat ini pihak Google tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut dari pihaknya.

Umum mengetahui bahawa Rusia sedang rancak menjalankan sekatan ke atas syarikat media sosial luar termasuk Meta Platforms Inc, Facebook dan Instagram, selain YouTube yang terus menerus di bawah tekanan kerajaan Moscow.

Terdahulu, Rusia telah mengenakan saman terhadap syarikat penstriman, Netflix ekoran tindakan ia untuk berundur keluar dari pasaran Rusia.

Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada saham Netflix apabila ia melaporkan jumlah langganan penggunanya merundum dengan teruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat