Google Sedang Membina Teknologi Blockchain Mereka Sendiri – Bloomberg

570

Google tidak asing lagi dengan dunia internet dan kini dikaitkan dengan teknologi blockchain. Google yang dinaungi syarikat induk Alphabet sedang mencipta teknologi berasaskan blockchain untuk meningkatkan lagi kemampuan perniagaan ‘cloud’ mereka, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Syarikat ini akan cuba membuatkan teknologi ini boleh digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan transaksi menurut sumber terbabit. Hal ini membolehkan Google selangkah ke hadapan berbanding pesaingnya dari segi perkhidmatan ‘cloud’.

Tahun lalu, Google adalah salah satu pelabur terbesar dalam syarikat star-up blockchain. Sehingga kini, Google masih lagi menunjukkan minat dalam pelaburan berasaskan blockchain khususnya dalam Distributed Ledger Technology (DLT).

Sebelum ini syarikat penerbangan tambang murah terkenal dunia AirAsia juga menunjukkan minat untuk mengembangkan perniagaan ke dalam industri kewangan khususnya dalam matawang crypto.

AirAsia dilaporkan sedang mempertimbangkan initial coin offering (ICO) bagi membantu mengumpul dana untuk tujuan pengembangan syarikat itu ke dalam industri perkhidmatan kewangan.

Tony Fernandes berkata sedang merancang untuk membangunkan satu matawang crypto yang berkemungkinan akan menggantikan program ganjaran ‘Big Loyalty’.

Pada 2017 salah satu firma penyelidikan telah mendedahkan bahawa GV iaitu syarikat permodalan di bawah Alphabet melabur dalam syarikat blockchain seperti Blockchain Luxembourg, Ripple, LedgerX dan Veem.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat