Grayscale Lancar Cabaran Undang-undang Ke Atas SEC!

203

Firma Grayscale Investments melancarkan cabaran undang-undang terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) selepas permohonannya untuk menukar Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) kepada dana dagangan bursa (ETF) ditolak.

Pada hari Rabu, syarikat itu memfailkan petisyen untuk semakan dengan mahkamah rayuan di District of Columbia untuk mencabar penolakan SEC terhadap permohonannya.

Menurut pemfailan SEC pada 29 Jun, permohonan tersebut tidak diluluskan untuk melindungi pelabur dan kepentingan awam kerana cadangan itu gagal menunjukkan bagaimana ia direka untuk mencegah perbuatan dan amalan penipuan serta manipulatif.

Keputusan yang sama juga dibuat pada hari Rabu mengenai produk dagangan bursa Bitcoin (ETP) Bitwise dengan alasan yang sama.

Ketua Eksekutif Grayscale, Michael Sonnenshein berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau sangat kecewa dan sangat tidak bersetuju dengan keputusan SEC.

Beliau juga mengatakan Grayscale itu akan terus memanfaatkan sumber penuh firma untuk menyokong pelabur dan layanan pengawalseliaan yang saksama bagi platform pelaburan bitcoin.

Keputusan pengawal selia memberi tamparan kepada pelabur kripto yang meletakkan harapan kepada Grayscale untuk melancarkan ETF bitcoin spot.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat