Harga emas mengekalkan rentak pada kawasan $4,600 dagangan dibuka pada Isnin, walaupun data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pasaran buruh kekal kukuh.
Pada jam 9 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,593 iaitu turun 0.18% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Buat masa ini, pelabur terus memerhatikan perkembangan geopolitik dan ucapan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah.
Tuntutan Pengangguran AS Menurun
Data Jabatan Buruh AS menunjukkan jumlah tuntutan baharu faedah pengangguran turun kepada 203,000, berbanding 207,000 sebelumnya.
Angka itu juga lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 208,000, menunjukkan keadaan pasaran buruh AS masih kukuh.
Namun, kekuatan pasaran pekerjaan boleh mengurangkan tekanan kepada Fed untuk menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat.
Ketegangan Selat Hormuz Jadi Perhatian
Faktor geopolitik turut menjadi perhatian pelabur selepas laporan mengenai perjanjian antara Iran dan Oman berkaitan Selat Hormuz.
Menurut New York Post yang memetik seorang pegawai AS, perjanjian tersebut dianggap tidak penting oleh pihak AS.
Jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pula berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan pada Rabu. Bagaimanapun, perjanjian itu masih memerlukan kelulusan dalaman dan belum mendapat pengiktirafan AS.
Perkembangan tersebut berpotensi terus mempengaruhi sentimen pasaran dan permintaan terhadap aset selamat seperti emas.
Pelabur Tunggu Petunjuk Kevin Warsh
Tumpuan kini beralih kepada ucapan Pengerusi Fed Kevin Warsh, yang berpotensi memberikan petunjuk mengenai keadaan ekonomi dan hala tuju kadar faedah AS.
Sebelum ini, beberapa pegawai Fed memberikan pandangan yang lebih tegas terhadap inflasi.
Beth Hammack dari Cleveland Fed berkata sudah tiba masanya untuk bertindak susulan inflasi yang masih berterusan. Jeffrey Schmid dari Kansas City Fed pula menyifatkan inflasi sebagai masih “degil” dan “melekit”.
Austan Goolsbee dari Chicago Fed turut menyatakan inflasi kekal sebagai kebimbangan utamanya.
Sehingga kini, pasaran wang melihat kemungkinan Fed mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat 16 September sekitar 68%.
Bagi mesyuarat Disember pula, pedagang melihat kemungkinan kenaikan kadar sekitar 72%, menurut Prime Terminal.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM
HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.























































