Bitcoin kembali mencatat kenaikan selepas Perbendaharaan AS meningkatkan pembelian semula bon jangka panjang, yang membantu menurunkan hasil bon 30 tahun dan memberi lebih banyak kecairan kepada pasaran.
Dalam masa sama, aliran dana ke ETF Bitcoin dan Ethereum turut meningkat, dengan aliran masuk bersih mingguan mencecah $2.61 bilion pada minggu ketiga Ogos.
Bitcoin melonjak daripada sekitar $64,000 kepada $78,000, atau hampir 20% dalam beberapa hari.
Namun, sama ada kenaikan ini benar-benar menandakan ‘bull run’ baharu, atau sekadar didorong oleh kecairan dan aliran dana ke dalam aset kripto.
Ini 4 perkara utama yang perlu diperhatikan pelabur kripto:
1. ETF Bawa Wang Baharu Masuk
Pada minggu ketiga Ogos, ETF Bitcoin dan Ethereum spot AS merekodkan aliran masuk bersih AS$2.61 bilion, antara yang terkuat sejak Oktober tahun lalu.
Aset ETF Bitcoin kembali kepada sekitar AS$96 bilion, manakala ETF Ethereum mencecah AS$14.3 bilion.
Bitcoin turut melonjak daripada sekitar AS$64,000 kepada AS$78,000, meningkat kira-kira 20% dalam beberapa hari.
2. Lebih Ramai Pegang, Kurang Yang Guna
Jumlah alamat aktif bulanan dalam blockchain global dilaporkan menurun 18% tahun ke tahun, walaupun jumlah pemegang pasif meningkat 16%.
Ini menunjukkan semakin ramai mendapat pendedahan kepada kripto, tetapi tidak semestinya menggunakan blockchain secara aktif.
Jumlah pembangun sumber terbuka aktif bulanan pula sekitar 28,000, berbanding kira-kira 45,000 pada kemuncak 2022.
3. Stablecoin Makin Penting
Tidak semua pengguna masuk ke kripto untuk mengejar keuntungan.
Stablecoin semakin digunakan untuk akses dolar, kiriman wang, pembayaran rentas sempadan dan perlindungan daripada kejatuhan mata wang tempatan.
Permodalan pasaran stablecoin kekal sekitar AS$303 bilion, menunjukkan permintaan terhadap utiliti kripto masih bertahan walaupun harga aset lain berubah-ubah.
4. Bot & AI Mula Kuasai Blockchain
Aktiviti blockchain juga semakin banyak digerakkan oleh sistem automatik.
Daripada kira-kira AS$46 trilion jumlah transaksi stablecoin tahunan, transaksi ekonomi sebenar dianggarkan sekitar AS$9 trilion selepas aktiviti bot dan alamat automatik dikeluarkan.
AI turut mempercepatkan penggunaan automasi dalam perdagangan, transaksi dan pembangunan aplikasi blockchain.
5. SEC & CLARITY Act
Regulasi menjadi satu lagi faktor besar untuk pasaran kripto 2026.
Perkembangan daripada SEC serta CLARITY Act berpotensi memberikan lebih banyak kejelasan mengenai peraturan aset digital dan bidang kuasa antara SEC dengan CFTC.
Jika rangka kerja regulasi menjadi lebih jelas, ia berpotensi membuka ruang kepada lebih banyak penyertaan institusi dan produk kripto.
INTRADAY.MY Outlook
Bull run mungkin sedang berlaku dari sudut harga, tetapi struktur pasaran kripto sudah berubah.
ETF membawa pelabur baharu, stablecoin berkembang kerana utiliti, manakala aktiviti blockchain semakin dipengaruhi oleh institusi, bot dan AI.
Sebab itu, pelabur tidak seharusnya hanya melihat harga Bitcoin.
Empat perkara yang lebih penting untuk diperhatikan ialah aliran ETF, aktiviti blockchain, penggunaan stablecoin serta pertumbuhan aktiviti manusia berbanding mesin.























































