XAU/USD kekal tidak berganjak dari paras tertingginya walaupun data inflasi AS menunjukkan tekanan harga kekal tinggi, sekali gus memberi sedikit ruang kepada jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin menaikkan kadar faedah pada September.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,620 iaitu naik 0.55% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
PCE Kekal Tinggi Pada Julai
Data Biro Analisis Ekonomi AS (BEA) menunjukkan inflasi PCE kekal pada 3.7% secara tahunan pada Julai, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 3.6%.
Sementara itu, Core PCE yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga kekal pada 3.3%, selari dengan jangkaan.
Secara bulanan, PCE dan Core PCE masing-masing meningkat 0.2% pada Julai.
Angka ini menunjukkan tekanan inflasi masih belum reda sepenuhnya, walaupun kenaikannya masih berada dalam jangkaan pasaran.
Jangkaan Kenaikan Kadar Fed Meningkat
Selepas data tersebut diterbitkan, pasaran kini melihat sekitar 38% kebarangkalian Fed menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada September, meningkat daripada 36% sebelum data dikeluarkan.
Perubahan kecil ini memberi sedikit sokongan kepada Dolar AS dan hasil bon, sekali gus memberi tekanan kepada emas.
Emas tidak menawarkan faedah. Jadi, apabila jangkaan kadar faedah meningkat, kos peluang untuk memegang emas turut meningkat.
Warsh Jadi Perhatian Pasaran
Fokus seterusnya beralih kepada ucapan Pengerusi Fed Kevin Warsh di Simposium Jackson Hole pada Jumaat.
Pelabur akan meneliti sebarang petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah AS.
Nada yang lebih hawkish berpotensi mengukuhkan Dolar AS dan hasil bon, sekali gus memberi tekanan lanjut kepada harga emas.
Sebaliknya, jika Warsh memberikan isyarat lebih dovish, emas berpotensi kembali mendapat sokongan.
Buat masa ini, emas masih berada di bawah tekanan selepas data PCE, namun hala tuju seterusnya banyak bergantung kepada mesej Fed mengenai kadar faedah.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM
HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.
























































