Greenback Meneruskan Pendakian Gara-Gara Faktor Ini

48

Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih rendah berbanding US Dollar walaupun Australia mengumumkan data pertumbuhan ekonomi yang rancak di Australia. Dalam masa yang sama, US Dollar terus dibantu dengan jangkaan kenaikan kadar pada Mac di Amerika Syarikat.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.17 peratus ke paras terendah dalam tempoh dua minggu kepada 0.7643.

Terdahulu pada Rabu, Biro Perangkaan Australia mengumumkan bahawa KDNK negara itu meningkat sebanyak 1.1 peratus pada suku keempat tahun 2016, sekali gus mengatasi jangkaan pertumbuhan sebanyak 0.7 peratus.

Dalam sesi ini juga, NZD/USD merosot sebanyak 1.2 peratus kepada 0.7104.

Dalam satu ucapan yang amat dinantikan kepada Kongres, Presiden Trump mengumumkan langkah pemulihan terhadap dasar imigresen di Amerika Syarikat dan beliau berjanji untuk meneruskan pelepasan cukai besar-besaran bagi kelas menengah. Namun begitu, beliau tidak memberikan maklumat lanjut mengenai rancangan terbabit.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga meningkat sebanyak 0.34 peratus berbanding 6 matawang utama yang lain.

 

Mexico Hanya Akan Kekal di dalam Perjanjian NAFTA Sekiranya Ia Menguntungkan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat