Greenback Mengganas Berbanding Matawang Utama Lain Dalam Sesi Eropah!

42

US Dollar meningkat berbanding Yen pada Rabu selepas data ekonomi AS yang positif dijangka akan menyokong pertumbuhan ekonomi di bawah pentadbiran Trump.

US Dollar meningkat 0.2 peratus berbanding matawang Jepun itu berbanding Yen ekoran peningkatan data keyakinan pengguna AS yang mencecah paras kemuncak sepanjang tempoh 15 tahun pada bulan Disember.

US Dollar meningkat kepada 118.66 Yen dalam sesi ini.

USD/JPY, 30 minit

Matawang Greenback juga meningkat selepas hasil perbendaharaan AS juga melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh seminggu berikutan pengumuman beberapa data positif dari AS.

Menurut Minori Uchida, Ketua Penganalisis FX di Bank of Tokyo Mitsubishi UFJ, pasaran kini sedang menanti dasar ekonomi Trump yang dikatakan bakal meningkatkan dasar fiskal di AS serta pelonggaran dasar monetari dan dasar perlindungan secara global.

Euro juga kali terakhir meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding UD Dollar kepada $1.0470.

EUR/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, kerajaan Itali juga dijangka mengepam sekitar 6.5 Billion Euro bersamaan $6.8 Billion bagi menyelamatkan bank ketiga terbesar negara iaitu Monte dei Paschi.

Dollar Australia dan New Zealand pula berlegar ke paras terendah kerana Fed dikatakan akan bertindak lebih agresif berikutan data ekonomi AS yang semakin kukuh.

AUD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Dollar Australia dan Dollar New Zealand masing-masing meningkat sebanyak 0.2 peratus dan 0.3 peratus.

Analisa Teknikal Mingguan 26 Disember – 30 Disember 2016 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat