Gucci Kini Bertapak Di Metaverse The Sandbox!

457

Baru bulan lalu Gucci melancarkan projek non-fungible token (NFT) yang pertama, ‘SuperGucci’ dan kali ini jenama besar dunia telah sertai metaverse The Sandbox.

Difahamkan Gucci telah membeli satu plot di The Sandbox pada harga yang tidak didedahkan untuk menghasilkan pengalaman maya bertema, diinspirasikan oleh platform Gucci Vault.

Khabar ini dikongsikan oleh Gucci melalui ciapan Twitter pada awal pagi tadi:

Sebagai rekod, Gucci Vault merupakan laman web yang menyenaraikan item NFT bertemakan Gucci dan beg vintaj.

Serampang dua mata, jenama ini bertindak demikian untuk memasarkan konsep fesyennya di ruang metaverse di mana pemain The Sandbox boleh membeli dan memakaikan pada avatar mereka dalam permainan realiti maya (VR).

Sebelum ini pada Disember 2020, Gucci telah pun kolaborasi bersama dua pembangun Roblox untuk melancarkan koleksi pakaian rasmi.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah mencipta ruang maya di Roblox, dikenali sebagai ‘Gucci Garden Experience’.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat