Gurauan Jadi Mimpi Ngeri, Whale NFT Ini Hilang $150,000 Angkara ‘Jenaka’ Sendiri

968

Pemegang utama non-fungible token (NFT) Bored Ape Yatch Club (BAYC) telah kehilangan 100 Ethereum (ETH) bernilai $150,000 (RM670,000) akibat bidaan ‘jenaka’ pada domain Ethereum Name Services (ENS) berdaftarnya sendiri.

Whale NFT itu, yang memiliki 57 NFT BAYC dan menggunakan akaun samaran @franklinisbored di Twitter, telah mendaftarkan nama ENS ‘stop-doing-fake-bids-its-honestly-lame-my-guy.eth’ menggunakan wallet Ethereum alternatif pada Selasa.

Domain ENS meringkaskan alamat umum Ethereum yang panjang untuk mudah dibaca.

Dia kemudiannya meletakkan bidaan 100 WETH yang bernilai $150,000 di atas wallet utamanya.

Tujuan asalnya adalah hanya sebagai jenaka supaya bot Twitter ENS Bids membuat ciapan tentang bidaan 100 ETH yang besar pada domain ENS, atau dalam kata lain untuk mengejek tujuan akaun twitter tersebut.

Pada hari ini, individu itu telah menjual domain ENS tersebut kepada orang lain hanya dengan harga 1.9 ETH atau $2,880.

Bagaimanapun, dalam keriangannya dapat menjual domain itu, dia terlupa untuk membatalkan bidaan 100 ETH yang telah diletakkan pada awalnya dari wallet-nya yang lain.

Hanya 15 minit selepas jualan, pemilik baharu nama meme ENS itu menerima tawaran untuk bidaan 100 ETH tersebut, membuatkan Franklin hilang 100 ETH daripada keseluruhan transaksi.

Franklin menggambarkan tindakan itu sebagai tidak masuk akal dengan mengakui kesilapannya sendiri dalam ciapan di twitternya.

Itulah, dalam bergurau pun kenalah ingat batasnya. Jangan sampai tindakan ‘tidak bijak’ akhirnya memakan diri sendiri. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat