Haiwan Peliharaan Digital (SLP) Tunjuk Taring Dengan Lonjakan Kukuh Harga!

1,000

Small love Potion (SLP) sebuah token ERC-20, diperolehi dengan bermain permainan Axie Infinity yang berfungsi sebagai pengganti untuk point experience (EXP).

SLP digunakan untuk membiak haiwan peliharaan digital yang baru, dikenali sebagai Axie.

Uniknya, ia seperti Nintendo yang memutuskan untuk mengikat nilai wang kepada coin yang digunakan dalam Super Mario.

Terbaru, SLP telah menawarkan keuntungan yang luar biasa  kepada para pelabur yang menggemari industri gaming. Impak kenaikan tersebut didorong oleh kemasukan ramai pengguna baru ke dunia permainan pertempuran digital haiwan peliharaan di dunia Axie Infinity.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga SLP/USDT.

Selepas SLP tersenarai dari Binance pada 30 April 2021, SLP berjaya mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.41 dalam rekod pasaran.

Manakala, pada pembukaan pasaran bulan Julai sehingga kini, SLP telah membuat kenaikan secara positif dengan menghasilkan lebih 120% lonjakan yang menjadi perhatian para pelabur, juga menerima perhatian yang luas oleh pengguna daripada beberapa negara mengenai penyertaan permainan tersebut.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar untuk mengekalkan momentum kenaikan samada membuat pembetulan harga (correction) atau bakal meneruskan kenaikan.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum tersebut, zon resistance sekitar $0.31 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika harga SLP kembali menunjukkan trend penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $2.4 sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.

Ketika penulisan, SLP/USDT didagangkan pada harga $0.29 melonjak lebih 21% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-256 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto SLP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat