Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Baru RM24,782 ($5874.30) Hari Ini

90

Harga Bitcoin naik mendadak sekali lagi sehingga mencapai rekod tertinggi terbaru di $5,874.30 pada Jumaat dan ketika ini bergerak lebih rendah kepada $5,690.40 setakat pukul 5.06 petang. Kenaikan matawang crypto ini dipacu oleh khabar angin bahawa regulasi baru di China yang akan terus menyokong permintaan matawang crypto (cryptocurrencies)

Dalam indeks tukaran di Amerika Syarikat, Bitfinex menunjukkan harga ketika ini berlegar di sekitar $5,690 naik 4.60% berbanding Khamis.

Matawang crypto ini (Bitcoin) berjaya menembusi $5,100 buat kali pertama dalam masa sembilan tahun pada Khamis selepas berita yang mengatakan dagangan di China mungkin akan diteruskan tetapi dengan regulasi yang baru.

Regulasi baru ini mungkin termasuk perlesenan baru dan regulasi ‘anti-money laundering’ yang akan dikuatkuasakan di dalam bursa-bursa tukaran matawang crypto.

Sebelum ini regulasi di China menghentikan aktiviti dagangan cryptocurrency dan beberapa bursa tukaran matawang crypto diminta untuk menghentikan operasi.

Penganalisis juga percaya pembelian besar-besaran Bitcoin boleh adalah bersangkut-paut dengan penciptaan “Bitcoin Gold” di mana pemegang-pemegang Bitcoin secara automatik akan menerima Bitcoin Gold.

Pedagang juga seakan terkesan dengan berita negatif dari Rusia di mana Presiden Vladimir Putin berkata pada Khamis bahawa “pembeli matawang crypto mungkin terlibat dalam aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang.”

Berita cryptocurrencies yang lain menunjukkan Bitcoin Cash jatuh 1.50% kepada $306.06 setakat pukul 5.19 petang. Manakala Etherium yang merupakan matawang crypto kedua terbesar dari segi modal pasaran (market capital) naik 7.03% kepada $324.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat