Harga Bitcoin Mula Mengukuh, Dijangka Kembali Cecah $40,000

651

Harga Bitcoin (BTC) berjaya melepasi rintangan $35,000 dan dilihat cuba untuk berada di paras antara $38,000 hingga $40,000.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $37,535 melepasi paras sokongan $36,000 setelah penyusutan sebanyak 26.5% pada minggu ini.

Secara tidak langsung, permodalan pasaran matawang kripto turut terjejas, jatuh sebanyak $200 bilion.

Bagaimanapun, penganalisis mencadangkan untuk melihat positif terhadap pergerakan Bitcoin ketika sektor sedang berkembang.

Dalam pengumuman pada minggu lepas daripada Pejabat Pengawas Mata Wang (OCC) telah membenarkan bank-bank pusat untuk menjalankan transaksi menggunakan stablecoins dan blockchains.

Manakala, pada hari ini OCC telah meluluskan penyedia hak perlindungan, Anchorage sebagai bank kripto tempatan pertama di Amerika Syarikat (AS).

Pada masa yang sama, DeFi dan altcoins turut mengukuh, mencerminkan kitaran trend terdahulu di mana berlaku pembetulan harga yang ketara pada harga Bitcoin (BTC) sebelum berlaku consolidation selepas tempoh pertumbuhan parabolik.

Ethereum (ETH) ketika ini didangkan pada $1,111 dengan peningkatan sebanyak 6.7% dan Polkadot (DOT) menyaksikan lonjakan tinggi sebanyak 33.85%, didagangkan pada $11.46.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat