Harga Emas Susut Lebih Rendah Dari Harga Pembukaan Minggu Ini

89

Pada sesi Asia hari ini, harga emas masih di bawah paras penutupan harga semalam dengan fokus kini di berikan kepada data nonfarm payroll US (NFP) malam esok.

Nilai kontrak emas bagi bulan Ogos di Comes NYME susut 0.81% kepada $1,261.41 per ounce setakat jam 11:30 pagi ini.

Semalam, harga emas jatuh ke bawah paras pembukaan harga hari Isnin, namun masih kekal di atas harga tertinggi tujuh minggu yang lalu.

Selepas data ADP yang berada di luar jangkaan semalam, dolar US terus melemah dan logam beharga emas menjadi tarikan kepada pengguna akibat harga emas yang di sandarkan dengan dolar semakin susut dan lebih murah untuk di miliki oleh pemilik matawang asing yang lain.

Walau bagaimanapun, permintaan terhadap emas terhenti apabila wakil Fed di Cleveland, Presiden Loretta Mester dalam ucapannya bersama Persatuan Bank Rakyat Ohio mencadangakan bank pusat (Federal Reserve) untuk teruskan perancangan pengetatan polisi secara berperingkat supaya keraguan dapat di atasi, dan para pelabur dapat lihat bahawa kita sudah aturkan polisi ini secara sistematik.

Tambah beliau, “Fokus terhadap risiko-risiko dan implikasinya kepada matlamat polisi kita dalam jangka masa sederhana”.

Pengurangan bekalan emas di India turut menjadi faktor tekanan pada harga emas. Menurut laporan Thomson Reuters GFMS, “Import emas ke pasaran India pada separuh tahun 2017 sudah menghampiri jumlah pada tahun 2016, jadi jangkaan hanya 250 tan emas bakal di import pada separuh tahun kedua”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat