Harga Emas Terus Meningkat Pada Pasaran Asia Hari Ini

226

Harga emas menigkat pada sesi Asia hari ini berikutan keadaan geopolitik yang berada di Korea memberi kesan sentimen pada pasaran.

Harga kontrak emas bagi bulan Disember di Comex New York Merchantile Exchange (NYMEX) meningkat $8.08 atau 0.64% kepada $1,270.68 per ounce setakat jam 11.00 pagi.

Seperti yang dijelaskan dalam artikel forex pagi ini, Korea Utara sedang mengemas kini pelan untuk melancarkan serangan peluru berpandu di kawasan Amerika Pasifik Guam, selepas Presiden Donald Trump menjelaskan bahawa Amerika tidak akan teragak-agak untuk menghantar serangan jika terancam.

Pada awal pagi tadi, China telah mengeluarkan laporan data indeks pengguna dan pengeluar mereka bagi bulan Julai. Data pengguna (CPI) tahunan susut 0.1% berbanding bulan lepas kepada 1.4%, sedikit bawah berbanding jangkaan median 1.5%. Data pengeluar (PPI) pula meningkat ke paras yang dijangkakan kepada 5.5%.

Semalam harga emas susut selepas greenback mendapat kekuatan dan meningkat menghampiri paras tertinggi dua minggu lepas berikutan data tawaran pekerjaan US positif melebihi jangkaan. Selain itu, data tersebut juga memberi pandangan positif terhadap perkembangan dalam pasaran buruh, serta meningkatkan keyakinan terhadap perubahan polisi oleh Federal Reserve tahun ini.

Namun penurunan emas semalam hanya sementara disebabkan oleh ulasan beberapa ahli Fed tentang kadar inflasi yang bergerak perlahan mungkin akan menyebabkan kesukaran bank pusat untuk meningkatkan kadar faedah dalam jangka masa terdekat. James Bullard, Presiden Fed cawangan St. Louis berkata pada hari Isnin lepas, “Paras kadar feadah sekarang mungkin akan dikekalkan buat semantara waktu”.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Data indeks pengguna dan pengeluar US pada hari Khamis dan Jumaat minggu ini akan menjadi tumpuan utama kerana dijangka akan memberi tanda yang lebih jelas berkenaan keadaan inflasi semasa di sana.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat