Harga GBP/USD Sekali Lagi Uji Tembok $1.3200, Namun Masih Kecundang Untuk Tembus

245

Seperti pergerakan harga pada penghujung minggu lalu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada pembukaan dagangan awal minggu ini masih lagi terhalang pada zon 1.32000.

Kedua-dua mata wang US dolar dan Pound dilihat bergerak setara ekoran Federal Reserve (Fed) dan Bank of England (BOE) masing-masing meningkatkan kadar faedah mereka pada mesyuarat polisi minggu lalu.

Justeru, kedua-dua mata wang tersebut dilihat akan saling mengukuh antara satu sama lain dan situasi ini sedikit menyukarkan pelabur untuk melihat arah lebih jelas untuk pergerakan harga pada carta GBP/USD.

Kenaikan sekitar 80 pips semalam masih gagal untuk tembusi rintangan 1.32000 sebelum harga susut semula sekitar 40 pips dan bergerak di bawah paras 1.31700 pada penutup dagangan sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga membuat penurunan dari paras 1.31700 tersebut melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menjadi isyarat awal untuk harga meneruskan penurunan.

Untuk penurunan awal harga, paras sokongan terhampir dilihat pada 1.31000 bakal diuji terlebih dahulu sebelum memberi isyarat pergerakan pada trend bearish yang lebih jelas.

Penurunan lanjut harga bakal kembali semula menjejak zon support pada 1.3000 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal minggu lalu.

Namun pada situasi yang berbeza, lonjakan harga yang berjaya melepasi zon rintangan 1.32000 akan memberi gambaran untuk harga menyambung pergerakan dalam trend bullish semula.

Kenaikan harga seterusnya akan mensasarkan menuju paras 1.33000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum ke paras yang lebih tinggi.

Pelabur terus waspada menilai di antara Pound dan US dolar, yang manakah lebih mendominasi bagi menentukan arah pergerakan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat