Harga Komoditi Hitam Berada Hampir Dengan Paras Tertinggi Dua Tahun Lalu

42

Harga minyak mentah kekal bergerak di sekitar paras tertinggi dua tahun lalu pada Isnin. Kenaikan ini kekal dipacu oleh jangkaan bahawa negara pengeluar akan bersetuju untuk melanjutkan potongan pengeluaran dalam mesyuarat akhir bulan ini.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik 0.43% setakat ini ke paras $55.88 setong. Harga semasa kini bergerak di bawah paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $62.50 setong setakat pukul 11.13 malam.

Di bawah perjanjian asal, OPEC dan 10 ahli bukan OPEC yang diketuai Rusia bersetuju memotong 1.8 juta tong sehari dalam tempoh enam bulan. Perjanjian ini dilanjutkan pada Mei yang lalu dalam tempoh sembilan bulan sehingga Mac 2018 dalam usaha mengurangkan inventori global.

Harga minyak mentah global mendapat lonjakan sekali lagi selepas data jumlah pelantar US jatuh ke paras terendah sejak Mei. Ini menambah lagi sentimen positif dalam pasaran yang mampu menolak harga lebih tinggi di masa hadapan.

Baker Hughes melaporkan jumlah pelantar yang aktif di US menyusut sebanyak 8 pelantar kepada 729 pelantar minggu lalu yang merupakan kejatuhan keempat daripada lima minggu sebelum ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat