Harga Komoditi Hitam Melantun Semula Pada Sesi Eropah

47

Harga minyak mentah global mengukuh semula dalam sesi Eropah pada Selasa, melantun dari paras terendah sesi Asia. Kenaikan ini berpunca daripada perhatian pasaran yang kini terarah semula kepada pemotongan pengeluaran oleh OPEC dan non-OPEC.

Menteri minyak Iraq pada Isnin mengatakan bahawa pengeluar utama dunia sedang berusaha melakukan yang termampu di dalam wilayah mereka agar perjanjian sebelum ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Harga minyak Brent (Brent-oil) yang didagangkan di ICE Futures Exchange London meningkat dari paras terendah Isnin $54.65 setong dan kini didagangkan di $55.64 setong.

Manakala harga minyak WTI (West Texas Intermediate) yang didagangkan di New York Mercantile Exchange naik dari paras terendah $52.21 setong dan kini didagangkan di paras $53.17 setong.

Harga minyak mentah global jatuh pada sesi Isnin berikutan kebimbangan kenaikan pengeluaran dari US beberapa bulan akan datang. Hal ini disebabkan laporan Baker Hughes yang menyatakan pelantar minyak di US bertambah sebanyak 29 pelantar kepada 551 pelantar minggu lalu.

OPEC dan non-OPEC akan terus memberi tekanan kepada kenaikan harga minyak mentah global dimana mereka telah memulakan pengurangan pengeluaran pada 1 Januari tahun ini, dalam usaha menstabilkan semula penawaran dan permintaan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat