Harga Komoditi Hitam Melonjak Selepas Data EIA Merekod Kemerosotan

41

Data terbaru oleh Energy Information Administration (EIA) menunjukkan data merekodkan pengurangan inventori sebanyak 3.3 juta tong minggu lalu di mana sebelum itu juga mencatat pengurangan 8.9 juta tong.

Jangkaan untuk data kali ini adalah terdapat pengurangan inventori sebanyak 3.5 juta tong. Hal ini telah menolak harga minyak mentah US oil lebih tinggi selepas data ini dikeluarkan.

Inventori pada tahun ini telah berkurang sebanyak 463.2 juta tong iaitu sebanyak 6% berbanding tahun lalu.

Pengeluaran minyak mentah domestik US minggu lalu walaubagaimanapun merekod kenaikan 0.3% kepada 9.53 juta dan terdapat peningkatan 11.5% dari tahun ke tahun.

Kejatuhan yang berterusan dalam inventori US dijangka akan memperbaiki sentimen pasaran ini, walaupun ia masih tidak seimbang dengan pengeluaran yang meningkat.

Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) naik daripada paras $47.49 setong kepada $48.38 setong selepas data dikeluarkan sehingga setakat ini pukul 11.48 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat