Harga Komoditi Hitam Mengukuh Pada Sesi Eropah

47

Harga minyak mentah global mengukuh pada Selasa, tetapi keuntungan adalah terhad di mana pasaran masih bimbang dengan pemotongan bekalan oleh pengeluar utama dunia yang mungkin gagal menyerap lebihan bekalan dalam pasaran.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) untuk kontrak Julai didagang di sekitar $46.44 setong setakat pukul 3.50 petang, naik 0.41%.

Manakala minyak Brent bagi penghantaran Ogos di ICE Future Exchange naik 0.46% kepada $48.51 setong.

Walaupun pasaran ini mencatat keuntungan, harga komoditi berada di bawah tekanan sejak beberapa minggu lalu dengan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dari US yang akan mengimbangi pemotongan oleh OPEC dan non-OPEC.

Bulan lalu, negara-negara anggota OPEC bersetuju untuk melanjutkan pemotongan 1.8 juta tong sehari bekalan minyak mentah sehingga Mac 2018.

Setakat ini perjanjian pemotongan bekalan hanya memberi sedikit impak kepada inventori global berikutan peningkatan bekalan dari pengeluar yang tidak menyertai perjanjian seperti Libya, Nigeria dan juga Amerika Syarikat.

Data inventori minyak US akan terus diperhatikan minggu ini di mana minggu lalu data EIA melaporkan peningkatan 3.3 juta tong di negara tersebut. Data EIA akan dikeluarkan pada Rabu pukul 10.30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat