Harga Minyak Global Terus Tertekan Dengan Data Terbaru Dari AS

51

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 5.0 juta tong pada minggu berakhir 17 Mac berbanding pengurangan 0.2 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.

Jangkaan kepada data kali ini ialah kenaikan 1.9 juta tong.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) juga merekodkan penambahan stok yang tinggi sebanyak 4.5 juta pada minggu berakhir 17 Mac kepada 533.6 juta tong seperti yang dilaporkan pada Selasa.

Inventori berada di tahap yang membimbangkan apabila pengeluaran minyak mentah AS telah meningkat lebih daripada 8 peratus sejak pertengahan 2016 kepada hampir lebih 9.1 juta tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat