Harga Minyak Junam Lebih Rendah

234

Komoditi hitam melanjutkan penurunan pada hari Rabu selepas data industri menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS pada minggu lalu, dan kenyataan Presiden Donald Trump yang mengancam untuk tidak menandatangani pakej rangsangan Covid-19 yang telah lama dinantikan.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan susut 1.3% pada $46.38 setong, manakala minyak mentah Brent pula turun 1.4% pada $49.37 setong.

Kedua-dua penanda aras jatuh hampir 2% pada hari Selasa, dalam sesi penurunan kedua berturut-turut. Minyak mentah Brent jatuh di bawah paras harga $50 setong selepas penerbitan data oleh Institut Petroleum Amerika (API).

Inventori minyak mentah AS meningkat 2.7 juta tong pada minngu lepas, tersasar daripada jangkaan pasaran untuk penurunan sebanyak 3.2 juta tong.

Ini meningkatkan lagi kebimbangan pasaran terhadap permintaan bahan bakar yang telah dilemahkan oleh perlaksanaan sekatan lebih ketat dan sistem penerbangan yang terjejas susulan penemuan varian baharu coronavirus di UK.

Harga minyak jatuh lebih rendah setelah Trump memberi isyarat untuk tidak menandatangani rang undang-undang rangsangan coronavirus bernilai $900 bilion, dengan mengatakan beliau mahu Kongress meningkatkan pembayaran langsung buat rakyat Amerika.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat