Harga Minyak Mentah Merosot Selepas Rekod Dua Hari Kenaikan

38

Harga minyak mentah merosot ketika ini selepas merekod kenaikan dua hari berturut-turut. Harga pasaran hadapan minyak mentah WTI susut 0.43% pada harga $50.70 setakat pukul 11.14 malam Sementara itu, harga minyak brent di ICE Futures Exchange London susut 0.60% kepada $56.27 setong.

Peningkatan harga minyak pada sesi Asia sehingga awal sesi Eropah hari ini didorong oleh kenyataan Arab Saudi pada hari Isnin yang akan memulakan pengurangan eksport minyak pada bulan November.

Kemajuan dalam rundingan pemotongan pengeluaran minyak OPEC dan bukan pengeluar OPEC termasuk Rusia bertujuan mengurangkan lebihan pengeluaran minyak dan menstabilkan harga pasaran.

Pedagang minyak memberi tumpuan terhadap laporan bulanan OPEC pada khamis pagi dan laporan bulanan International Energy Agency (EIA) pada hari yang sama untuk melihat jangkaan permintaan dan penawaran.

Sementara itu, penganalisis menjangkakan data bekalan mingguan oleh American Petroleum Institute (API) hari ini akan merekodkan bekalan minyak yang lebih rendah bagi minggu lalu. Antara tumpuan pasaran juga adalah kepada laporan oleh U.S. Energy Information Administration (EIA) pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat