Harga Minyak Mentah Stabil Menjelang Mesyuarat OPEC

46

Harga minyak stabil pada Khamis dalam sesi Eropah sebelum pertemuan negara OPEC dan sebahagian non-OPEC yang akan membincangkan tempoh pemotongan pengeluaran yang bertujuan untuk menstabilkan lebihan bekalan yang telah menekan pasaran sejak tiga tahun lalu.

Menteri-menteri dari OPEC, Rusia dan pengeluar minyak negara lain akan mengadakan mesyuarat di Viena pada hari Jumaat ini bertujuan untuk mempertimbangkan keputusan untuk melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak yang akan bermula pada Januari akan datang.

OPEC dan sebahagian non-OPEC bersetuju untuk menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta bdp bermula Januari sehingga Mac 2018 dengan tujuan menghabiskan stok yang tersisa. Ramai dalam penganalisis menjangkakan mereka akan melanjutkan tempoh pemotongan, berkemungkinan sehingga akhir tahun depan.

Harga minyak Brent jatuh sebanyak 0.53% pada $56.00 per tong pada jam 7.00 pm.

Tindakan OPEC telah memberi kesan tambahan pengeluaran minyak yang tinggi oleh pengeluar minyak negara lain termasuk U.S. Dimana, pengeluaran minyak (shale) sedang menghampiri paras tertinggi.

Fenomena bencana taufan baru-baru ini di Mexico telah menekan stok minyak mentah di sebagian kawasan U.S sehingga terpaksa ditutup akibat banjir rentetan daripada badai yang menimpa.

Inventori minyak U.S meningkat tiga minggu berturut-turut, di mana minggu lalu merekod penambahan 4.6 juta tong pada minggu yang berakhir pada 15 September lalu, kepada jumlah 472.93 juta tong.

Pengeluaran minyak U.S telah mencapai 9.51 juta tong sehari, meningkat dari 8.78 juta selepas taufan Harvey yang melanda Texas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat