Harga Minyak Terus Merudum Ekoran Kebimbangan Penyimpanan Bekalan Yang Terhad

489

Harga komoditi hitam menyusut lebih 15%, memanjangkan penurunannya sejak dagangan hari Isnin, didorong oleh kebimbangan terhadap keupayaan penyimpanan bekalan minyak mentah yang terhad di seluruh dunia.

Pembukaan sesi Asia hari ini menyaksikan niaga hadapan WTI Amerika Syarikat mesyusut sebanyak 15.3% kepada $10.82 setong, setelah menjunam 25% pada dagangan hari Isnin. Sementara minyak mentah Brent pula susut 3.8% lebih rendah untuk diniagakan pada $19.23 setong.

Wabak pandemik coronavirus telah menyebabkan kehilangan sepertiga daripada permintaan minyak di seluruh dunia dan ini sekali gus mengakibatkan bekalan minyak mentah berlebihan dalam pasaran.

Hal ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap keperluan tempat penyimpanan bekalan minyak mentah yang tidak digunakan disebabkan kelumpuhan aktiviti ekonomi global berikutan sekatan yang dikenakan untuk membendung penularan COVID-19.

Sementara itu, perairan di Singapura pula menjadi bertambah sesak berikutan kapal tangki yang sarat dengan produk minyak terus memenuhi ruangan perairan tersebut, sementara menantikan pembeli baru.

Walaupun Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, OPEC+ telah bersetuju dengan penurunan pengeluaran sehingga 9.7 juta tong sehari bermula 1 Mei, namun jumlah tersebut dikatakan tidak mencukupi untuk mengimbangi kehilangan permintaan sekitar 30 juta tong sehari.

Hasil daripada kejatuhan permintaan, penyimpanan global di darat dianggarkan akan mencecah sehingga kira-kira 85% minyak mentah pada minggu lalu, menurut data daripada Kpler.

nanda aras minyak mentah Brent dan WTI Amerika Syarikat masing-masing berada di landasan untuk mencatat kerugian untuk bulan keempat berturut-turut buat pertama kali sejak tahun 2017.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat