Harga Pengeluar (PPI) Amerika Syarikat Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran

45

Satu data inflasi US baru sahaja dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi yang menunjukkan tekanan inflasi yang perlahan. Harga pengeluar (PPI) tidak berubah pada bulan April yang sejajar dengan jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.5%. Dari segi tahunan atau dalam tempoh 12 bulan sehingga April inflasi merosot kepada 2.4% daripada 2.5% tetapi lebih tinggi dari jangkaan 2.3%.

Core-PPI (inflasi-teras) yang tidak mengambil kira harga makanan dan bahan api meningkat 0.3%, sedikit tinggi daripada jangkaan 0.2%. Manakala dari segi tahunan harga naik 2.1% dari 1.9% sebelum ini.

Harga barangan secara keseluruhan merosot 0.5% pada tempoh sama dengan kejatuhan 3% oleh harga komponen tenaga di mana harga makanan jatuh 0.2%.

Walaubagaimanapun, kenaikan 0.3% dalam harga sektor perkhidmatan lebih rendah berbanding sebelum itu yang meningkat 0.4%. Kenaikan ini dipandu oleh kenaikan 1.0% dalam harga perdagangan.

Data secara keseluruhan menunjukkan bacaan inflasi yang perlahan menjelang penetapan kadar faedah The Fed pada Khamis. Bank pusat Amerika Syarikat ini dijangka akan menaikkan kadarnya, tetapi dengan kelemahan inflasi sejak akhir-akhir ini akan mengurangkan potensi kenaikan kadar pada separuh kedua tahun ini.

Data ini dilihat kurang memberi impak yang signifikan kepada polisi monetari Federal Reserve dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat