Harga Pengeluar US Naik 0.6%, Harga Gasolin Melonjak

50

Indeks harga pengeluar di US naik 0.6% dalam data yang dikeluarkan semalam, berbanding kenaikan 0.2% sebelum ini dan lebih dari jangkaan 0.3% pada Januari. Dari segi tahunan harga pengeluar naik 1.6% tidak berubah dari bacaan yang direkodkan pada Disember.

Harga tenaga seperti minyak dan gas naik mendadak pada tempoh sama sebanyak 4.7% yang banyak disumbangkan oleh kenaikan harga gasolin sebanyak 12.9% dan ‘harga tenaga’ adalah penyumbang terbesar kepada kenaikan harga pengeluar kali ini.

Manakala kenaikan dalam harga makanan secara keseluruhan adalah yang tertinggi sejak May 2015 walaupun harga makanan tidak berubah kali ini.

Secara keseluruhan data menunjukkan terdapat kenaikan dalam tekanan inflasi di mana pengeluar telah mendapat kuasa penetapan harga yang mampu memberi tekanan kenaikan inflasi beberapa bulan akan datang.

Data kali ini juga memberi isyarat bahawa kekuatan US dolar tidaklah memberi kesan besar dalam menyerap harga import. Selain itu, tekanan inflasi dalam sektor perkhidmatan masih kurang berbanding sektor lain. Kenaikan dalam harga pengeluar ini akan mengekalkan jangkaan kepada kenaikan secara berperingkat dalam kadar ‘Fed Fund Rate‘ oleh The Fed.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat