Harga Pengguna China Semakin Baik, CPI Naik 2.5%

36

Harga pengguna (CPI) di China menguat pada Januari seperti dalam laporan yang dikeluarkan pagi tadi yang menggambarkan pemulihan berterusan dalam ekonomi China terutama dari segi produktiviti dan pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia ini.

Beijing’s official consumer price index (CPI) naik 2.5% berdasarkan kiraan tahunan berbanding kenaikan 2.1% yang dicatatkan pada Disember. Catatan kali ini adalah yang tertinggi sejak pertengahan tahun 2014 dengan pasaran menjangkakan data kali ini merekodkan 2.4%.

Jika dibandingkan Disember, harga pengguna melonjak 1% berbanding sebelum ini 0.2%. Jangkaan bagi data ini pula ialah 0.7%. berdasarkan kiraan bulanan.

Dalam data berlainan, harga pengeluar (Producer Price Index, PPI) naik 6.9% dari tahun ke tahun pada Januari berbanding jangkaan 6.3%. Ini juga paras yang tertinggi sejak 2011. Inflasi ‘harga pengeluar’ kini meningkat lima bulan berturut-turut.

Peningkatan dalam harga pengeluar adalah satu isyarat permintaan yang semakin pulih dalam ekonomi yang disokong secara tak-langsung oleh perbelanjaan kerajaan dan pengurangan kapasiti. Indeks harga pengeluar dilihat akan semakin meningkat jika kerajaan mengekalkan polisi yang memacu pengurangan kapasiti.

Kebangkitan atau pemulihan ekonomi China banyak disokong oleh campur-tangan  kerajaan dan juga industri tradisional. Pertumbuhan ekonomi China baru-baru ini merekodkan kenaikan 6.8% pada suku keempat dengan tiga suku tahunan sebelum itu mencatatkan pengembangan 6.7%.

Dalam data berlainan yang dikeluarkan minggu lepas imbangan perdagangan (trade surplus) pula semakin baik ke paras $51.4 billion pada Januari dari $40.8 billion sebelum ini. Dalam data sama, import merekodkan kenaikan 16.7% berbanding tahun lalu, manakala eksport naik 7.9% pada tempoh sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat