Harga Pengguna US Positif, US Dolar Mengukuh Pada Mulanya

44

Harga pengguna (CPI, consumer price index) bagi Amerika Syarikat meningkat 0.4% pada Ogos berbanding ramalan 0.3%. Dari segi tahun ke tahun bacaan meningkat dalam tempoh 12 bulan sehingga Ogos kepada 1.9% dari 1.7% dengan jangkaan 1.8%.

Harga teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga barangan volatile (turun-naik) naik 0.2% yang sejajar dengan jangkaan pasaran, manakala bagi tahun ke tahun meningkat kepada 1.7% berbanding jangkaan 1.6%.

Harga tenaga meningkat 2.8% pada Ogos iaitu pada tempoh harga minyak mentah meneruskan kenaikan sejak lewat Jun. Pada tempoh ini juga harga gasolin melonjak 6.3%.

Harga makanan pula meningkat 0.1% pada Ogos dengan kenaikan 1.1% secara tahunan.

Harga kenderaan bermotor pula tidak berubah selepas merekod kejatuhan 6 bulan berturut-turut, tetapi harga kenderaan terpakai masih susut dengan bacaan tahunan merosot 3.8%.

Sektor perkhidmatan merekod kenaikan 0.4% secara bulanan dengan 2.5% secara tahunan. Untuk data kali ini, tiada impak yang signifikan daripada ribut Harvey yang berlaku bulan lalu di Texas.

Kadar inflasi yang tinggi dalam sektor perkhidmatan dijangka akan mengurangkan kebimbangan The Fed terhadap inflasi yang bergerak terlalu rendah, walaupun masih terdapat keraguan dalam sektor barangan.

Dengan kelemahan US dolar sejak akhir-akhir ini, data positif pada Khamis berjaya melonjakkan greenback berbanding matawang utama yang lain.

“Namun pengukuhan US dolar tidak berkekalan apabila terdapat berita terbaru yang membawa kepada kebimbangan risiko geopolitik yang dicetuskan oleh Korea Utara.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat