Harga Pengguna Zon Eropah Melemah Sejajar Dengan Jangkaan

215

Inflasi Zon Eropah sedikit meleset pada Disember menepati jangkaan pasaran berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Eurostat pada Jumaat.

Pejabat Statistik Kesatuan Eropah berkata indeks harga pengguna (CPI) susut kepada 1.40% pada Disember (YoY) daripada 1.50% sebelum itu. Bacaan kali ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran tetapi masih di bawah sasaran inflasi ECB 2%.

Inflasi teras (Core-CPI), bacaan inflasi yang tidak mengambil kira tenaga dan harga makanan yang menjadi perhatian utama ECB meningkat 0.9% tidak berubah daripada bulan lalu. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah kenaikan 1.0%.

Indeks harga pengeluar (PPI) meningkat 0.60% pada November daripada 0.40% sebelum itu dengan jangkaan pasaran 0.30%. PPI meningkat secara tahunan (YoY) sebanyak 2.8% pada November berbanding sebelum ini 2.5%

Satu lagi data berasingan (jualan runcit) melonjak lebih daripada jangkaan pada November yang meningkatkan harapan terhadap penggunaan swasta, seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi terbesar Eropah ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat