HODL! Elon Musk Tak Mahu Jual Dogecoin (DOGE)

1,867

Pengasas Tesla, Elon Musk memberitahu tidak akan menjual Dogecoin (DOGE).

Kenyataan itu dimuatnaik sendiri oleh Musk: ‘Saya belum dan tidak akan menjual DOGE’ dalam satu bebenang di Twitter milik seorang pelabur Tesla, Dave Lee.

Walaupun pergerakan Dogecoin tidak seperti biasanya, hanya tembus ke paras $0.40 dan berlegar sekitarnya, namun sedikit sebanyak memberi gambaran matawang yang berasaskan shiba inu ini akan bertahan selagi mana Musk menyokongnya dan komunitinya yang semakin berkembang.

Menariknya, ada whale (pelabur besar) menambah lagi pegangan DOGE selepas kenyataan Musk itu.

Individu yang dikatakan memiliki jumlah DOGE terbanyak dilihat membuat pembelian sebanyak 4.2069 DOGE dengan nilai kumulatif $1.70 selepas melakukan transaksi sebanyak 420.69 DOGE ($192.92) pada 18 Mei.

Walaupun pernah menjual sebanyak 100 juta DOGE ($7.3 juta) pada 12 April, rekod menunjukkan alamat wallet tersebut masih memiliki keuntungan hampir $15 bilion berdasarkan harga semasa.

Adakah ini individu yang sama dengan pemilik wallet yang memiliki 36 bilion DOGE? Atau adakah wallet ini dimiliki oleh Elon Musk kerana pernah membuat transaksi sebanyak 28.061971 DOGE, merujuk kepada hari kelahirannya 28 Jun 1971.

Boleh jadi juga peminat Musk. Tetapi wujud juga pendapat yang mengaitkan dengan aplikasi trading mudah alih, Robinhood.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.39, meningkat 14.33% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat