HSBC Ramal Bank of Canada Akan Menaikkan Kadar Faedah Pada Rabu

70

HSBC memperbaharui ramalannya terhadap Bank of Canada (BoC) yang dijangka akan menaikkan kadar faedah pada Julai dan Oktober berbanding ramalan sebelum ini bank pusat akan mengekalkan kadar sehingga suku keempat 2018.

Bank pusat Kanada ini akan bermesyuarat pada Rabu dan dijangka akan menaikkan kadar faedah sejak hampir tujuh tahun lalu.

Timbalan Gabenor bank pusat Kanada, Wilkins dalam ucapannya pada Isnin 12 Jun 2017, menyatakan Bank of Canada akan menilai sama ada rangsangan monetari yang digunapakai ketika ini masih diperlukan. Menurut Wilkins, jika hanya beberapa sektor yang berkembang untuk menyerap lebihan kapasiti, bank pusat perlu mengambil langkah yang sesuai untuk mencapai sasaran inflasi.

Beliau juga mengatakan perubahan kepada harga minyak mentah yang rendah hampir selesai dan bank pusat yakin sumber pertumbuhan ekonomi semakin luas.

HSBC dalam notanya yang mengemukakan perubahan kepada ramalan kadar polisi BoC, “ini adalah disebabkan komen yang begitu hawkish oleh pihak bank pusat sejak beberapa minggu lalu.”

Ketika ini kadar faedah Bank of Canada adalah di paras 0.50% dan HSBC menjangka ia akan naik kepada 0.75% pada suku ketiga dan 1.00% pada suku keempat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat