Huawei Dibenarkan Untuk Berurusan Kembali Dengan Firma-Firma Amerika Syarikat?

239

Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Wilbur Ross telah tampil memberi kenyataan bahawa negara AS sudah selangkah lebih dekat ke arah menjalin kerjsama perdagangan dengan syarikat gergasi teknologi China iaitu Huawei.

Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, Wilbur Ross, mengatakan firma-firma AS akan dibolehkan kembali menjual komponen kepada Huawei dalam jangka waktu terdekat ini. Ross telah menyatakan bahawa lesen yang diperlukan dalam berurus niaga dengan Huawei akan diterbitkan. Setakat ini, pentadbiran AS telah menerima 206 unit permohonan lesen kebenaran tersebut.

“Banyak firma yang mengajukan permohonan, dan terus terang lebih banyak daripada yang kami jangkakan,” kata Ross.

Sebelum ini sebagaimana sedia maklum bahawa Huawei telah dilarang dari berurusan dengan syarikat Amerika Syarikat. Bermula pada bulan Mei, syarikat Huawei telah dimasukkan ke dalam senarai syarikat yang disenarai hitam oleh AS berikutan atas alasan keselamtan negara.

Polisi tersebut secara efektif menghalang Huawei daripada membeli produk-produk AS tanpa lesen kebenaran khusus. Dalam masa yang sama syarikat AS juga dilarang untuk menjual produk dan barangan ke Huawei. Walaubagaimanapun selepas beberapa bulan, pentadbiran Trump telah memberi kelonggaran dengan menawarkan lesen sementara kepada syarikat-syarikat terpilih.

Setakat ini segelintir berspekulasi bahawa jika rundingan perdagangan fasa satu berjalan dengan baik, Huawei berkemungkinan akan menerima sokongan aplikasi Google kembali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat