Hutang Kerajaan Amerika Adalah Halangan Besar Kepada Perubahan Cukai Trump

105

Bajet defisit Amerika Syarikat menjadi halangan besar kepada reformasi percukaian yang diusulkan oleh Presiden Trump. Usul yang diperkenalkan oleh Trump ini ditentang oleh ahli Parti Republikan sendiri.

Belanjawan defisit atau bajet defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan yang melebihi hasil kerajaan. Biasanya bajet yang tidak mencukupi akan ditampung melalui hutang kerajaan itu sendiri.

Bagi Amerika Syarikat, ada beberapa program utama yang terpaksa dihentikan atau dikurangkan disebabkan kekurangan bajet. Kini cadangan pembinaan infrastruktur dan peningkatan aset ketenteraan akan menambah lagi hutang Amerika Syarikat dan ini dijangka akan menyukarkan cadangan reformasi cukai Trump.

Masalah utama kerajaan persekutuan US adalah defisit tahunan yang mencecah $550 billion dan juga hutang kerajaan yang terkumpul (dengan kadar faedah) yang melebihi $20 trillion.

Pengumuman perancangan cukai minggu lalu menunjukkan pemotongan cukai sehingga $6 trillion yang akan mengurangkan hasil kerajaan. Hal ini akan menyebabkan defisit akan bertambah sekaligus menambah hutang kerajaan.

Pihak Trump sebelum ini telah menjawab kritikan pemerhati politik dan ekonomi tentang peningkatan hutang kerajaan dengan mengatakan “ia akan diimbangi oleh pertumbuhan ekonomi”. Ia bermaksud pertumbuhan ekonomi melalui ekonomi yang lebih rancak akan menambah hasil cukai baru kepada kerajaan.

Ada pemerhati yang mengatakan kenyataan bahawa, pengurangan cukai ini akan diimbangi oleh pertumbuhan ekonomi adalah tidak benar.

Cara lain bagi mengurangkan hutang kerajaan adalah dengan mencari hasil-hasil kerajaan yang baru dengan membatalkan beberapa cukai bagi mengimbangi cadangan pengurangan cukai Trump.

Seorang pengamal undang-undang berkata $4 trillion hasil baru perlu dicari oleh kerajaan, tetapi setiap komponen cukai dalam undang-undang kerajaan adalah dilindungi dan inilah cabaran kerajaan.

Sebagai contoh, Republikan mencadangkan agar cukai individu dihentikan atau dikurangkan. Penutupan komponen cukai ini akan membawa hasil sebanyak $1.3 trillion.

Namun, bagi negeri-negeri yang mengenakan cukai tinggi akan terkesan berbanding negeri yang bercukai rendah.

Corker salah seorang daripada ahli Kongres bertegas bahawa beliau tidak akan menyokong perancangan cukai ini yang menambah bebanan kepada kerajaan persekutuan. Beliau mahu perkara penting diambil kira terlebih dahulu untuk beliau menyokong perancangan cukai ini.

“Tiada jalan untuk membuat reformasi cukai ini, tidak, tanpa…. menutup lubang-lubang yang lain,” kata ahli Republikan Tennessee.

Penganalisis mengatakan $20 trillion hutang kerajaan sudah tidak stabil di mana ia akan memburukkan lagi hutang kerajaan jika kadar faedah di masa akan datang terus meningkat. Hal ini sekaligus akan mengurangkan akses sektor swasta kepada kredit dalam pasaran.

Ketika ini tentangan datang daripada Demokratik dan juga parti Trump sendiri iaitu Republikan terhadap perubahan cukai ini. Kongress dan ahli Senat Republikan perlu bersetuju dengan resolusi bajet jika mereka mahu rang undang-undang percukaian ini diluluskan sebelum Januari tanpa sokongan daripada Demokratik.

Kongres akan mengundi resolusi ini pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat