IMF Menaikkan Ramalan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2017 Kepada 4.8 Peratus

132

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2017 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus.

Pengumuman penaik tarafan pertumbuhan ini dibuat dalam konferens di Kuala Lumpur pada Isnin.

“Kawalan polisi monetari yang baik di Malaysia.. kami yakin dengan prospek pertumbuhan di Malaysia,” kata Maurice Obstfeld Pengarah Jabatan Penyelidikan IMF.

Negara ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara ini dilihat dalam proses pemulihan ekonomi secara beransur-ansur, selepas permintaan lemah terhadap minyak mentah Malaysia dan juga komoditi yang lain semakin perlahan dari segi pertumbuhan sepanjang dua tahun lalu.

Pada suku pertama 2017, ekonomi Malaysia merekod pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan di paras 5.6 peratus. Bacaan tersebut juga merupakan yang tertinggi dalam jangka masa dua tahun berikutan lonjakan dalam eksport dan pengukuhan permintaan domestik.

Pertumbuhan pada suku-kedua akan dikeluarkan pada 18 Ogos ini.

Ringgit Malaysia juga telah memulih sejak beberapa bulan lalu di mana sebelum itu ia pernah menjadi matawang paling lemah dalam kalangan negara di Asia Tenggara pada 2016.

Namun, selepas langkah-langkah yang diambil oleh Bank Negara bagi mengurangkan volatility (turun-naik) matawang ini, Ringgit berjaya menjadi matawang paling banyak merekod keuntungan berbanding US dolar pada suku pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat