IMF Tak Function? Seramai 140 Individu Failkan Gesaan!

245

‘Biasalah mesti tersepit sama ada perlu memecahkan dulu tabung untuk dapat duit atau tidak.’

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) digesa untuk mengeluarkan sejumlah $650 bilion lagi daripada rizab kecemasan mereka bagi membantu negara anggotanya yang bergelut dengan tekanan ekonomi.

Perkara tersebut disuarakan sejumlah 140 kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan janji IMF untuk meluluskan rizab Special Drawing Rights (SDR) bagi membantu negara-negara yang terkesan daripada perang Rusia-Ukraine.

Umumnya kesan perang telah mengakibatkan banyak negara alami isu bekalan makanan, kesihatan, tenaga selain masalah makroekonomi seperti inflasi.

Malah, laporan World Bank Group semalam mengesahkan lagi bahawa hampir 600 juta orang mengalami kemiskinan melampau di sebalik risiko kemelesetan pada tahun hadapan meningkat.

Atas faktor itu kumpulan-kumpulan NGO tersebut menggesa IMF untuk meluluskan SDR buat kali ke-2 dalam tempoh setahun menjelang mesyuarat kewangan global di antara agensi dan World Bank nanti.

Dalam pada itu, badan penggubal undang-undang dan kumpulan perniagaan turut menyuarakan perkara serupa di sebalik faktor bahawa kelulusan tersebut boleh dimafaatkan oleh Rusia kerana ia masih lagi negara anggota.

Bagi membantah faktor itu sekumpulan penyokong kelulusan tersebut mengatakan Rusia akan menghadapi kesukaran dalam mencari mana-mana negara yang akan menukar SDR mereka kepada wang untuknya.

Sebagai maklum balas kepada kelulusan tersebut bekas pegawai IMF, Mark Plant mengatakan terdapat kesukaran memperolehi 85% persetujuan ekoran kegagalan Group 20 dalam memenuhi komitmen mereka mengitar semula $100 bilion.

Mencerap rekod, semasa Ogos 2021 lalu IMF telah melancarkan SDR buat pertama kalinya dengan menyalurkan $650 bilion bagi pemulihan pandemik Covid-19.

Namun, tahun ini masalah inflasi tinggi dan krisis hutang yang meningkat di negara-negara miskin memberi tekanan kepada IMF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat