• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Impak QE Kepada Krisis ‘Emerging Market’ : Malaysia Bakal Dapat Kesan Dua Kali Ganda?

Impak QE Kepada Krisis ‘Emerging Market’ : Malaysia Bakal Dapat Kesan Dua Kali Ganda?

6 September 2018
Amerika VS Eropah! Siapa Yang Bakal Rugi dalam Perang Tarif Ini?

Gencatan Dagang EU-AS Di Ambang Gagal? Tarikh Tamat Hampir Tiba!

4 July 2025
Sebahagian Saham Berkemungkinan Akan Terjejas Sehingga 10% Jika Perang Dagang Terus Tegang!

Perjanjian Dagang AS-China Goyah! Apakah Dua Kuasa Besar Akan Mulakan Kembali Ketegangan?

4 July 2025
Bersiap Sedia Malaysia! AS Akan Hantar Surat Maklum Tarif Baharu Mulai Jumaat!

Bersiap Sedia Malaysia! AS Akan Hantar Surat Maklum Tarif Baharu Mulai Jumaat!

4 July 2025
PMX Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Di Paris

PMX Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Di Paris

4 July 2025
Minggu Sibuk Buat Industri Kripto AS, Kongres Bakal Luluskan 3 RUU Aset Digital!

Minggu Sibuk Buat Industri Kripto AS, Kongres Bakal Luluskan 3 RUU Aset Digital!

4 July 2025
Peluang Atau Perangkap? Data GDP AS Boleh Ubah Segala Strategi Portfolio

Tarikh 9 Julai Jadi Penentu, Dunia Bersedia Hadapi Serangan Tarif Trump

4 July 2025
Tiba-tiba Bersuara Isu Yang Dah Lepas, China Disindir Jerman: “Rakan Dagang Tapi Tak Telus”

Tiba-tiba Bersuara Isu Yang Dah Lepas, China Disindir Jerman: “Rakan Dagang Tapi Tak Telus”

4 July 2025
Jovian Mandagie Muflis Sebab Gagal Bayar RM5.28 Juta!

Jovian Mandagie Muflis Sebab Gagal Bayar RM5.28 Juta!

4 July 2025
Fed Berdepan Tekanan, Trump Desak Powell Letak Jawatan Atau Dipecat!

Fed Berdepan Tekanan, Trump Desak Powell Letak Jawatan Atau Dipecat!

4 July 2025
Petronas Meterai Perjanjian 20 Tahun Dengan Syarikat Amerika

Petronas Meterai Perjanjian 20 Tahun Dengan Syarikat Amerika

4 July 2025
Nvidia Jadi Syarikat Paling Bernilai Di Dunia?

Nvidia Jadi Syarikat Paling Bernilai Di Dunia?

4 July 2025
Kadar OPR Malaysia Dijangka Kekal Sebab Inflasi Makin Turun

Ringgit Masih Bertahan, Data NFP Sokong Kedudukan USD

4 July 2025
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
Monday, 7 July 2025
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Amerika VS Eropah! Siapa Yang Bakal Rugi dalam Perang Tarif Ini?

    Gencatan Dagang EU-AS Di Ambang Gagal? Tarikh Tamat Hampir Tiba!

    Sebahagian Saham Berkemungkinan Akan Terjejas Sehingga 10% Jika Perang Dagang Terus Tegang!

    Perjanjian Dagang AS-China Goyah! Apakah Dua Kuasa Besar Akan Mulakan Kembali Ketegangan?

    Peluang Atau Perangkap? Data GDP AS Boleh Ubah Segala Strategi Portfolio

    Tarikh 9 Julai Jadi Penentu, Dunia Bersedia Hadapi Serangan Tarif Trump

    Emas Atur Langkah Tawan Posisi $2,400 Di Saat Fed Hawkish?

    Emas Rendah Apabila NFP AS Leburkan Harapan Fed

    Pasaran Berhati-Hati, Tumpuan Utama Terarah Kepada Laporan NFP!

    NFP Jun Mengejutkan, US Dolar Kembali Kukuh!

    Faedah Pengangguran Menurun: Signal Positif atau Ancaman Senyap?

    Data Pekerjaan Kuburkan Harapan! Pengurangan Kadar Faedah Fed Julai Bakal Tidak Berlaku?

    Sentimen Zon Eropah Catat Bacaan Positif! Namun Pasaran Beri Reaksi Sebaliknya?

    ECB Cemas! Ketidaktentuan Perdagangan Mungkin Memaksa ECB Kurangkan Kadar Faedah Lagi?

    Ekonomi Kanada Meningkat 2.1%: Apa Ertinya untuk Kadar Faedah?

    Defisit Kanada Mengecil Dramatik! Eksport Naik, Import Pula Merosot

    Detik Penentu! Data Pekerjaan NFP Hari Ini Mampu Ubah Arah Dunia Kewangan

    Detik Penentu! Data Pekerjaan NFP Hari Ini Mampu Ubah Arah Dunia Kewangan

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Analisis Matawang
    • Tips Matawang
    Kadar OPR Malaysia Dijangka Kekal Sebab Inflasi Makin Turun

    Ringgit Masih Bertahan, Data NFP Sokong Kedudukan USD

    Angka NFP Baik Dari Ramalan, EUR/USD Menjunam Dari $1.1800

    Angka NFP Baik Dari Ramalan, EUR/USD Menjunam Dari $1.1800

    Politik UK Goyah Punca GBP/USD Junam Hampir 200 Pips!

    Politik UK Goyah Punca GBP/USD Junam Hampir 200 Pips!

    Ringgit Teruskan Pengukuhan, Dolar AS Kekal Tersungkur!

    Ringgit Mendatar RM4.22, Pasaran Masih Berhati-hati

    EUR/USD Masih ‘Melekat’ Di Zon $1.1800

    EUR/USD Masih ‘Melekat’ Di Zon $1.1800

    Laporan ADP Menunjukkan Lonjakan Pekerjaan: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

    Amaran Awal Kemelesetan? Majikan AS Henti Mengambil Pekerja, Pasaran Buruh Mengecut!

    EUR/USD Tak Larat Nak Mendaki, Sangkut Di $1.1800

    EUR/USD Tak Larat Nak Mendaki, Sangkut Di $1.1800

    Nilai Ringgit Lemah, Laporan FOMC Beri Jawapan Sebenar

    Ringgit Kekal Rentak Positif, USD Masih ‘Lembik’

    GBP/USD Mendatar Di $1.3700, Petanda Trader Kena Jaga-Jaga!

    GBP/USD Mendatar Di $1.3700, Petanda Trader Kena Jaga-Jaga!

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Minggu Sibuk Buat Industri Kripto AS, Kongres Bakal Luluskan 3 RUU Aset Digital!

    Minggu Sibuk Buat Industri Kripto AS, Kongres Bakal Luluskan 3 RUU Aset Digital!

    XRP Mohon Lesen Perbankan AS, Sertai Senarai Sah Kripto!

    XRP Mohon Lesen Perbankan AS, Sertai Senarai Sah Kripto!

    Pasaran Kripto Cecah Kerugian $2.5 Billion Pada Separuh Pertama 2025!

    Pasaran Kripto Cecah Kerugian $2.5 Billion Pada Separuh Pertama 2025!

    Bank Jerman Bakal Tawarkan Perdagangan Kripto Menjelang 2026!

    Bank Jerman Bakal Tawarkan Perdagangan Kripto Menjelang 2026!

    Harga Bitcoin Tersekat, Pelabur ‘OG’ Mula Jual Pegangan Di Wall Street!

    Harga Bitcoin Tersekat, Pelabur ‘OG’ Mula Jual Pegangan Di Wall Street!

    Dana Lebuh Raya RM11 Juta Diseleweng Untuk Kripto – SPRM

    Dana Lebuh Raya RM11 Juta Diseleweng Untuk Kripto – SPRM

    Bitcoin Pulih Selepas Susut Berpanjangan, Sentuh $106,000 Semula!

    Bitcoin Pulih Selepas Susut Berpanjangan, Sentuh $106,000 Semula!

    Kembali Tenggelam, Bitcoin Pamer Terjunan Mengejutkan!

    Pelabur Tak Sempat Tarik Nafas! Bitcoin Pecah $100K Lagi

    Kembali Tenggelam, Bitcoin Pamer Terjunan Mengejutkan!

    Indeks Ketakutan Neutral, Tapi Gelora Besar Mungkin Kian Hampir! Adakah Ini Faktornya?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Lokal
    • Saham Global
    Indeks Saham Utama Melonjak, Nilai Nvidia Cecah $4 Trillion

    Indeks Saham Utama Melonjak, Nilai Nvidia Cecah $4 Trillion

    Penjualan Tesla Susut 14%, Kejatuhan Tahun Kedua Berturut-turut

    Penjualan Tesla Susut 14%, Kejatuhan Tahun Kedua Berturut-turut

    Dow Jones Lemah Tapi S&P 500 & Nasdaq Catat Rekod Tertinggi

    Dow Jones Lemah Tapi S&P 500 & Nasdaq Catat Rekod Tertinggi

    Nasdaq & S&P 500 Lemah, Dow Jones Terus Kukuh

    Nasdaq & S&P 500 Lemah, Dow Jones Terus Kukuh

    S&P 500, Nasdaq Terus Kukuh Pada Awal Julai

    S&P 500, Nasdaq Terus Kukuh Pada Awal Julai

    S&P 500 & Nasdaq Tutup Di Rekod Tertinggi!

    S&P 500 & Nasdaq Tutup Di Rekod Tertinggi!

    Konflik Israel-Iran Makin Reda, Tapi Saham AS Seperti Beri Amaran!

    Konflik Israel-Iran Makin Reda, Tapi Saham AS Seperti Beri Amaran!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Ketegangan Geopolitik Tidak Jadi Masalah! S&P 500 Sedang ‘Menghidu’ Rekod Paras Tertinggi!

    Perang Iran-Israel Reda Sekejap, Saham AS Makin Rancak

    Perang Iran-Israel Reda Sekejap, Saham AS Makin Rancak

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku MULA TRADE
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
  • FREE $990 Bonus* 🎁
  • 📊 Belajar Trade – HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Umum

Impak QE Kepada Krisis ‘Emerging Market’ : Malaysia Bakal Dapat Kesan Dua Kali Ganda?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
6 September 2018
in Artikel Umum
0
Impak QE Kepada Krisis ‘Emerging Market’ : Malaysia Bakal Dapat Kesan Dua Kali Ganda?
1.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

The lagged impact of US Quantitative Easing (QE) / Impact of US Quantitative Tightening (QT)

“Pasal QE lagi. Hang ni suka betul pasal QE kan”

Kata seorang lecturer feveretku semasa membuat master di UKM dulu

Yup. Aku sukakan isu QE. Ianya unconventional. Dan kesannya terlalu besar untuk diabaikan. Malahan sehingga sekarang kesannya masih wujud dan besar. Ianya benda yang terlalu menarik untuk dikaji, dan diramal kesannya, sebagai market economist.

Disebabkan QE lah harga minyak melonjak naik tahun 2009-2013 yang memanfaatkan ekonomi Malaysia.

Sebab QE lah harga emas juga melonjak naik untuk tempoh yang sama sehingga ramai kena tipu dengan skim cepat kaya emas dan tersebar fikrah palsu harga emas sentiasa naik selamanya.

Sebab QE lah banyak harga rumah di Asia dan Emerging Market economies naik mendadak.

Sebab QE lah stock market Malaysia naik terus menerus dari 2009 sehingga 2013.

Sebab QE lah Ringgit naik sehingga sekukuh RM3.00/USD semasa tahun 2010-2013.

Sebab reversal of QE jugalah, semua yang berlaku di atas, mula mengalami reversal.

Yes. Kesan QE tu masih ada.

Ianya ibarat selepas 5 tahun menikmati ekonomi yang senang disebabkan manfaat QE, kita sedang mengalami pula 5-10 tahun yang akan susah disebabkan reversal kepada QE.

Jadi ada apa dengan QE sebenarnya?

 

Quantitative Easing = Mencetak Wang

QE ni bahasa mudah dan tak rasminya printing money. Tapi bukanlah print cetak duit kertas. Tapi dengan mewujudkan angka-angka elektronik baru di dalam dunia financial market.

Idea dia mudah. US tengah mengalami kelembapan ekonomi semasa tahun 2007-2008. Nak kurangkan interest rate (standard monetary policy response) pun dah tak boleh sebab interest rate dah 0% dah masa tu.

Semasa tu masih tak pernah wujud central bank yang melakukan negative interest rate. Negative interest rate tu macam mana?

Kau simpan duit dalam bank, kau kena bayar.

Kau bagi pinjam duit kat orang, kau kena bayar interest.

Kau pinjam duit dengan orang, kau dapat interest.

Dia policy yang ikut logik macam terlalu pelik dan tak logik. Jadi masa tu US Federal Reserve (US central bank) tak berani nak jadikan interest rate sampai negatif.

Maka pilihan mereka? Lakukan QE. Iaitu US Fed beli banyak-banyak bon di pasaran kewangan US. Injecting new created money into the financial market.

Tujuannya? Supaya duit lebihan yang bank-bank ni ada digunakan untuk bagi pinjam dalam bentuk corporate bond, atau bank loan. Sekaligus menaikkan ekonomi US yang tengah krisis ketika itu.

Tapi adakah bank-bank dan investors ni buat macam tu?

Sebahagian besarnya tidak.

Yelah. Apa faedah diorang invest dalam negara yang interest rate dia ciput dan ekonomi tengah krisis.

Jadi diorang invest dalam komoditi i.e. emas, minyak, soybean, dll.

Kenapa? Sebab teorinya bila US Fed print duit banyak, hyperinflasi akan berlaku. Jadi harga-harga komoditi ni patutnya akan melonjak tinggi.

Dan memang ianya melonjak tinggi. Cuma bukanlah sebab hyperinflasi, tetapi sebab banyak duit yang masuk ke dalam commodity market.

 

Kemasukan Pelabur ke Emerging Market

Diorang invest jugak di dalam emerging market economy punya bon.

Kenapa? Heck diorang bagi interest rate tahap 5-10%. Why not? US, Europe, UK tengah 0-1% kot.

Itu menjadikan permintaan untuk bon negara kita naik tinggi. Market interest rate / bond yield kita pun jatuh.

Lepas tu diorang invest jugak di dalam stock market kita. Kenapa? Sebab duit tengah banyak masuk ke negara-negara ni. Of course economy akan boom.

Maka stock market emerging market pun melonjak naik bertahun-tahun. Investment bankers zaman tu bonus semua nak double digit je.

Dan akhirnya, bila duit banyak masuk ke dalam negara-negara emerging market ni.

Currency diorang pun appreciate. Keuntungan invest dalam bon dan stock market tu bukan sekadar dapat interest rate. Tapi dapat jugak dari forex gain. Untuk negara-negara yang bergantung kepada minyak dan komoditi seperti Malaysia lagilah. Segalanya indah.

Harga minyak naik. Kerajaan banyak duit. Stock market naik. Financial market bahagia. Ringgit naik tinggi, barang import menjadi murah. Duit banyak masuk, market interest rate rendah, financing cost jadi murah, nak beli rumah pun mudah, ekonomi pun sihat walafiat.

Jadi sekarang apa berlaku?

 

Bermulanya Fasa Reversal Quantitative Easing

Quantitative Tightening (QT) atau Reversal of Quantitative Easing.

Kalau dulu US Fed print duit. Kali ni diorang ‘padam’ duit tu daripada financial market.

Bermula daripada September 2017, US Fed akan ‘memadam’ duit daripada pasaran kewangan bermula dengan USD10 billion setiap bulan dan akan beransur-ansur dinaikkan sehingga mereka ‘memadam’ USD50 billion setiap bulan bermula pada suku akhir tahun 2018.

Jumlah keseluruhan yang ingin ‘dipadam’? Tak pasti lagi. Tapi ianya boleh jadi dalam lingkungan USD2-3 trillion.

Tapi masalahnya, kebanyakan duit QE tu kat luar US. Dekat emerging market economy.

Maka apa akan jadi?

Outflow lah apa lagi.

Duit akan dibawa keluar dari emerging market economy. Untuk balik kepada US dan developed economy.

Kesannya?

Harga komoditi yang bubble disebabkan QE dah lama pecah.

Stock market yang selama ni naik disebabkan higher liquidity from foreign investors pun mula perlahan.

Harga rumah yang selama ni bergantung kepada cheap financing cost untuk bank mula menjadi stagnant.

Segala bon-bon yang dipegang oleh foreign investors mula dijual beransur-ansur.

Maka emerging market currency pun mengalami portfolio outflow yang serious. Sekaligus memberikan tekanan besar kepada nilai currency mereka.

Year-to-date, berbanding USD

Argentina Peso jatuh 52.2%. Turkish Lira jatuh 43.3%. Brazil Real jatuh 20.4%. South African Rand jatuh 20.6%. Russian Ruble jatuh 15.8%. Indonesia Rupiah jatuh 9.3%. Malaysia Ringgit jatuh 2.5%.

 

Kesan Kejatuhan Nilai Matawang

Apa masalah dengan kejatuhan currency?

Dia akan jadi masalah jika negara tersebut, atau syarikat di negara tersebut, membuat banyak pinjaman di dalam foreign currency untuk operasi syarikat di dalam negara tu sendiri.

Malaysia tak ada masalah tu. Tapi disebabkan QT tersebut, outflow tu berisiko masih akan terus berterusan.

Dan duit yang kembali kepada US itu akan memberikan kesan yang sama seperti kesan kepada emerging market ketika QE dahulu.

Stock market US akan naik, nilai USD akan naik.

Di saat stock market dan currency emerging market economy jatuh.

Jadi seperti mana yang disebut oleh BNM monetary policy statement semalam (5 September 2018).

Perkembangan ekonomi dunia akan mengalami ‘divergence’. Terutamanya antara developed economy dan Emerging Market economy.

Tau ini sama dengan apa?

Sama dengan 20 tahun dulu

Bilamana hot money kembali kepada US selepas US rendahkan interest rate dan dinaikkan kembali. Bilamana US mengenakan import tariff setinggi 100% kepada kereta buatan Jepun. Bilamana economic growth developing economy ketika itu mula perlahan disebabkan kelembapan trade activity dunia.

Dan secara tiba-tiba nilai currency Asian economy diserang. Yang ultimately membawa kepada Asian Financial Crisis.

So…. Now….

 

Adakah Emerging Market Menuju Krisis?

Is Emerging Market Financial Crisis (EMFC) coming?

Disclaimer: aku tak cakap ekonomi tengah nak menghadapi krisis. Cuma cakap risiko tu semakin tinggi. Dan at least ekonomi akan sedikit perlahan itu dah macam agak kemungkinan besar berlaku.

P/S: Dan untuk Malaysia, kalau krisis ekonomi dunia berlaku. Harga minyak pun akan tersungkur. Jadi kita punya sakit tu double. Sebab hasil kerajaan banyak bergantung kepada minyak.

P/SS: bank di sini bukan sekadar komersial bank tapi juga investment bank.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin Yussof. Sila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

ShareTweetSend
Previous Post

Analisis Teknikal NZD/USD – Timeframe H1 – 6/9/2018

Next Post

Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Jumaat

Related Posts

PMX Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Di Paris

PMX Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Di Paris

by Team INTRADAY
4 July 2025
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Orly, Paris bagi memulakan lawatan rasmi selama dua...

Tiba-tiba Bersuara Isu Yang Dah Lepas, China Disindir Jerman: “Rakan Dagang Tapi Tak Telus”

Tiba-tiba Bersuara Isu Yang Dah Lepas, China Disindir Jerman: “Rakan Dagang Tapi Tak Telus”

by Team INTRADAY
4 July 2025
0

Isu sudah selesai Jun lalu, namun Jerman baru kini bersuara mengecam sekatan eksport bahan nadir bumi oleh China, yang disifatkan...

Jovian Mandagie Muflis Sebab Gagal Bayar RM5.28 Juta!

Jovian Mandagie Muflis Sebab Gagal Bayar RM5.28 Juta!

by Team INTRADAY
4 July 2025
0

Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie muflis selepas gagal membayar pinjaman berjumlah RM5.28 juta kepada syarikat Cekap...

Nvidia Jadi Syarikat Paling Bernilai Di Dunia?

Nvidia Jadi Syarikat Paling Bernilai Di Dunia?

by Team INTRADAY
4 July 2025
0

Syarikat Nvidia mencatat nilai pasaran mencecah $3.92 trilion, menghampiri status sebagai syarikat paling bernilai dalam sejarah, didorong oleh keyakinan pasaran...

Next Post
Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (06 – 10 Ogos)

Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Jumaat

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bekerja 45 Jam Tapi Gaji RM1,800 – Apa Dah Jadi Dengan Nasib Jururawat Malaysia?

Bekerja 45 Jam Tapi Gaji RM1,800 – Apa Dah Jadi Dengan Nasib Jururawat Malaysia?

3 July 2025
Inflasi Global Semakin Perlahan, Pelabur Emas Dijangka Bakal Untung!

Emas Tersekat Di Paras Tinggi, NFP Jadi Tumpuan Penting Fed

3 July 2025
5 Tips Trading Yang Wajib Trader Forex Lakukan

5 Tips Trading Yang Wajib Trader Forex Lakukan

4 July 2025
Amerika VS Eropah! Siapa Yang Bakal Rugi dalam Perang Tarif Ini?

Gencatan Dagang EU-AS Di Ambang Gagal? Tarikh Tamat Hampir Tiba!

0
Sebahagian Saham Berkemungkinan Akan Terjejas Sehingga 10% Jika Perang Dagang Terus Tegang!

Perjanjian Dagang AS-China Goyah! Apakah Dua Kuasa Besar Akan Mulakan Kembali Ketegangan?

0
PMX Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Di Paris

PMX Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Di Paris

0
Amerika VS Eropah! Siapa Yang Bakal Rugi dalam Perang Tarif Ini?

Gencatan Dagang EU-AS Di Ambang Gagal? Tarikh Tamat Hampir Tiba!

4 July 2025
Sebahagian Saham Berkemungkinan Akan Terjejas Sehingga 10% Jika Perang Dagang Terus Tegang!

Perjanjian Dagang AS-China Goyah! Apakah Dua Kuasa Besar Akan Mulakan Kembali Ketegangan?

4 July 2025
Bersiap Sedia Malaysia! AS Akan Hantar Surat Maklum Tarif Baharu Mulai Jumaat!

Bersiap Sedia Malaysia! AS Akan Hantar Surat Maklum Tarif Baharu Mulai Jumaat!

4 July 2025
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Ikuti Kami

Buka Akaun Sekarang

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku MULA TRADE
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
  • FREE $990 Bonus* 🎁
  • 📊 Belajar Trade – HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.