Indeks Iklim Perniagaan German Susut Ke Paras Terendah 4 Bulan Lepas

29

Data Iklim Perniagaan Jerman IFO yang dikeluarkan sebentar tadi merekodkan penyusutan kepada 109.8 pada Januari, kurang dari jangkaan 111.30.

Data ini meningkat kepada 111 daripada 110.4 pada bulan sebelumnya sekali gus mencatat paras tertinggi sejak Februari 2014. Bacaan yang kukuh ini juga menunjukkan bahawa data pertumbuhan berada pada tahap yang kukuh pada suku keempat. Hal ini juga menunjukkan bahawa Jerman mampu bertahan daripada risiko Brexit dan sebarang ketidatentuan dasar Trump.

Indeks yang meyumbang kepada penyusutan data kali ini ialah:

  • Indeks jangkaan
  • Indeks pembinaan
  • Indeks pemborongan
  • Indeks Runcit

Beberapa ahli ekonomi percaya bahawa data pertumbuhan akan lebih lemah pada tahun 2017 berbanding tahun 2016 disebabkan kadar faedah yang tinggi akan melembapkan pertumbuhan inflasi.

Ekonomi German dilihat memberangsangkan dalam masa terdekat dengan sektor perindustrian mendapat sokongan daripada polisi ECB yang begitu akomodatif.

Tiada kesan yang signifikan kepada matawang Euro khususnya Eur/Usd dengan pasangan matawang ini masih cenderung bergerak ke atas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat